5 Jenis Ikan Tilapia Yang Mampu Memberikan Keuntungan Lumayan Kepada Projek Penternakan Anda!

By Thursday, November 25, 2021 ,

Penternak ikan tilapia yang berjaya tidak diukur dengan berapa banyak modal yang dikeluarkan, berapa besar kolam yang dibina ataupun berapa banyak ikan tilapia yang diternak di kawasan penternakan mereka.

Seperti bisnes yang lain, projek penternakan yang berjaya ialah projek penternakan yang berjaya mendapatkan keuntungan hasil daripada penjualan ikan tilapia yang diternak.. Ia juga dikira berjaya jika berjaya memberikan peluang pekerjaan tetap dan menjana ekonomi kepada masyarakat sekeliling tempat tersebut.

Seperti penternakan lain, bidang penternakan ikan tilapia ini juga agak berisiko dan bukan semua penternak mampu berjaya membuat keuntungan daripada ternakannya.. Ramai juga yang hanya mampu pulang modal dan ada juga yang terpaksa alami kerugian dalam jumlah yang banyak setelah ikan ternakannya mati sia-sia sahaja akibat salah cara penjagaan.

Jadi untuk pastikan projek penternakan anda berjaya dan mampu menjual hasil ternakan ikan tilapia anda dengan harga yang tinggi, ada beberapa faktor yang perlu anda ambil perhatian terutamanya faktor pemilihan jenis ikan Tilapia yang berkualiti yang sesuai dengan kolam yang anda bina dan serta makanan yang anda berikan kepada ikan tilapia yang anda ternak.

Kesilapan yang dilakukan oleh para penternak ikan tilapia baru ialah kesilapan dalam memilih jenis ikan tilapia yang sesuai dan tidak mempunyai ilmu yang cukup dalam cara penjagaan jenis ikan tilapia tersebut sehingga membuatkannya mati sia-sia walaupun telah melaburkan banyak wang untuk mendapatkan benihnya.

Sumber: Google

Ini antara jenis ikan Tilapia yang perlu anda tahu beserta ciri-cirinya;


1. Ikan Tilapia GIFT (Genetic Improvement of Farmed Tilapia)


Ikan Tilapia ini adalah hasil percampuran baka Tilapia dari 8 buah negara iaitu Kenya, Israel, Senegal, Ghana, Singapura, Thailand, Mesir dan Taiwan.. Ia mempunyai hujung ekor yang berwarna merah pudar dan mempunyai garisan menegak pada badan yang agak ketara..


Antara ciri-ciri ikan Tilapia GIFT ini ialah:

- Ia sangat tahan kepada apa jua serangan penyakit
- Tempoh pembiakan yang produktif sehingga 1.5 ke 2 tahun
- Tempoh bertelur dalam masa dari 3 hingga ke 6 minggu
- Jumlah telur bagi sekali pengawanan pada berat 600gram ialah 2000 hingga 3000 butir telur..
- Mengalami tumbesaran yang cepat, ia mampu mencapai berat 600gram pada umur 5 ke 6 bulan.


2. Ikan Tilapia BEST (Bogor Enhanced Strain of Tilapia)


Ikan tilapia jenis adalah hasil percampuran baka Tilapia dari 4 jenis Tilapia iaitu Tilapia tempatan Bogor Indonesia, Tilapia tasik Indonesia, Tilapia GIFT generasi ke-3, dan Tilapia GIFT generasi ke-6.. Ikan Tilapia jenis ini mempunyai warna kelabu kehijauan..


Antara ciri-ciri ikan Tilapia BEST ini ialah:

- Peratusan hidup anak-anak ikan sehingga dewasa sangat tinggi iaitu sebanyak 90%.
- Peratusan ketahanan terhadap penyakit adalah sebanyak 140% lebih tinggi jika dibandingkan dengan Tilapia tempatan.
- Mempunyai peratusan tumbesaran sebulan yang tinggi sehingga mencecah 4.85%.
- Jumlah telur bagi sekali pengawanan pada berat 600gram ialah 6000 hingga 15000 butir telur.
- Mengalami tumbesaran yang cepat, ia mampu mencapai berat 600gram pada umur 4 ke 5 bulan.


3. Ikan Tilapia Chitralada (Ikan DiRaja Thailand)


Ikan Tilapia Chitralada ini ialah daripada keturunan Tilapia yang dihadiahkan oleh Raja Jepun kepada Raja Bhumibol Thailand sekitar tahun 1965.. Ikan tersebut dipelihara di dalam perkarangan istana Chitralada, lantas terhasillah nama Tilapia Chitralada yang terkenal sehingga kini.. Ikan tilapia jenis ini punyai hujung ekor bewarna merah.


Antara ciri-ciri ikan Tilapia Chitralada ialah:

- Ia sangat tahan lasak terhadap kepadatan kolam yang tinggi
- Ia cepat membesar kepada saiz 250gram dalam masa 3 hingga 4 bulan tetapi tumbesarannya mulai perlahan pada saiz 500gram pada usia 6 bulan
- Benih ikan jenis ini mempunyai peratusan hidup yang lebih tinggi berbanding Tilapia lain.


4. Ikan Tilapia NIFI (National Inland Fisheries Insitut)


Ikan Tilapia merah ini dihasilkan oleh Jabatan Perikanan Thailand.. Tilapia NIFI juga dikenali sebagai Tilapia Merah Thailand.. Rata-rata ikan Tilapia NIFI bewarna merah pudar dan mempunyai sirip bewarna merah jingga.


Antara ciri-ciri Tilapia NIFI ialah:

- Ia lebih cenderung mempunyai keturunan yang dominan jantan.
- Ia cepat membesar berbanding Tilapia merah lain hasil daripada keturunan yang dominan jantan
- Ia sangat mudah dijual kepada pelanggan kerana warna dan isinya yang agak tebal.


5. Ikan Tilapia Merah Taiwan


Ikan Tilapia merah ini merupakan jenis ikan Tilapia yang diimport khas dari Taiwan.. Rata-rata Tilapia Merah Taiwan berwarna merah cerah diselang-selikan dengan warna jingga dan kuning.


Antara ciri-ciri Ikan Tilapia Merah Taiwan ialah:

- Tumbesarannya sangat memberangsangkan sehingga mencapai 700gram dalam masa 6 bulan.


Ilmu memilih jenis ikan tilapia yang sesuai ini mungkin nampak mudah sahaja tetapi kebanyakan daripada penternak baru agak mengambil ringan perkara ini.. Lain jenis ikan, lain cara penjagaannya.. Jika tersilap cara ternakannya, anda mungkin mampu menangis sendirian apabila melihat ikan-ikan tilapia ini mati terapung dalam kolam anda.

Selain faktor jenis ikan, faktor kesesuaian kolam yang dibina serta faktor aktiviti penjagaan harian juga sangat penting bagi memastikan anak-anak ikan anda mampu membesar dan boleh dijual dengan harga yang tinggi mengikut gred yang ditetapkan.. Jika anda serius untuk berjaya dalam penternakan ini, pastikan anda mempunyai ilmu yang mencukupi!


"Di mana Tempat TERBAIK Untuk Berguru Bagi Memulakan Penternakan Ikan Tilapia Ini?"

Jika anda benar-benar mahu mempelajari cara sebenar untuk memulakan projek ternakan ikan tilapia dengan lebih lancar dari kosong, anda perlu belajar sendiri daripada para penternak yang berjaya seperti Encik Zhafran ini.. Beliau telah berkongsi cara terbaik yang beliau gunakan untuk mulakan projek ternakan ini dalam ebook "Panduan Ternak Ikan Tilapia".

Dalam ebook ini, anda bakal pelajari ilmu lengkap dari A sampai Z cara untuk memulakan penternakan ikan tilapia dengan lebih berjaya SERTA anda pasti mampu mengurangkan risiko  mengalami sebarang kerugian besar sepanjang proses ternakan ini berjalan.. Inilah solusi terbaik yang mampu membantu anda menjadi penternak ikan tilapia yang berjaya!


Antara ilmu yang bakal anda pelajari daripada ebook ini ialah;

- Potensi SEBENAR projek penternakan ikan Tilapia
- Jenis-jenis Ikan Tilapia dan cara penjagaan yang SESUAI
- 4 jenis kolam ikan tilapia berserta kelengkapan PENTING serta cara pembinaannya
- Cara TERBAIK memilih benih ikan tilapia yang menguntungkan projek ternakan anda
- Jenis-jenis makanan ikan beserta kaedah pemberian makanan yang BETUL
- Cara TERBAIK menghasilkan makanan ikan Tilapia sendiri
- Jenis-jenis Penyakit Ikan SERTA Cara Rawatannya
- Cara TERBAIK untuk menjual ikan Tilapia anda
- Kesilapan KRONIK serta Risiko Penternakan Ikan yang perlu anda elakkan
- Rujukan lengkap organisasi yang mampu membantu projek berjalan lebih lancar
- Dan banyak lagi ilmu berkenaan dengan penternakan Ikan Tilapia ini!

Lebih 87.3% projek penternakan ikan tilapia yang gagal adalah disebabkan oleh kurangnya ilmu tentang projek ikan tilapia itu sendiri.. Banyak modal yang telah hangus akibat daripada sikap sambil lewa yang diambil para penternak yang tidak mendalami ilmu berkenaan penternakan ini sebelum memulakan projek ternakan mereka.

Jangan jadi seperti mereka.. Dengan ebook "Panduan Ternak Ikan Tilapia" ini, anda pasti mampu memulakan serta menguruskan projek ternakan ikan tilapia anda dengan lebih lancar dan teratur tanpa perlu ada kerisauan jika berlaku sesuatu diluar jangkaan anda.. Ebook ini kamus lengkap untuk anda memulakan projek ternakan ikan tilapia yang berjaya!

Jom pelajari ilmu SEBENAR tentang cara memulakan penternakan Ikan Tilapia yang berjaya yang dikongsikan oleh penternak berpengalaman ini dengan segera di ==>> Penternakan Ikan Tilapia

You Might Also Like

0 Comments