Muhammad Rasul Terakhir | Dr. Rohaily Al-Jawhary

By Thursday, November 18, 2021 ,


Muhammad SAW Rasul Terakhir ialah sebuah naskhah yang akan membawa pembaca ke zaman yang bermula sebelum kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Sebelum kelahiran Rasulullah SAW, masyarakat dunia menganuti pelbagai agama sebagai pegangan hidup mereka. Agama-agama seperti Nasrani, Yahudi, Majusi, Wathani, al-Sabiah dan lain-lain telah menjadi pegangan kedidupan masyarakat dunia. Namun agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim as iaitu agama Hanifiah masih diamalkan sebahagian bangsa Arab. Sejarah mencatatkan jarak kewafatan Nabi Ibrahim as dengan kelahiran Rasul Terakhir ialah 20 kurun.


Seterusnya, pembaca akan dibawa pada saat kelahiran Baginda Rasulullah SAW, zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hingga Baginda diangkat sebagai Rasul utusan  terakhir. 

Seorang yang dipandang tinggi dalam kalangan kaumnya. Baginda terkenal dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat yang disenangi. Baginda sentiasa memuliakan jiran, mengasihani anak yatim dan fakir miskin, tinggi kesabaran, benar percakapan, lemah lembut pergaulan, pemurah, menjaga maruah diri, menepati janji, amanah dan sanagt bertanggungjawab hingga mereka menggelar Baginda sebagai 'al-Amin'.

Detik-detik awal 13 tahun menyampaikan risalah Islam di kota Mekah, mengenali sahabat-sahabat yang membenarkan setiap kata-kata Baginda walau dicerca dan diseksa. Penerimaan masyarakat Mekah terhadap Baginda ketika itu berubah daripada yang dipercayai kepada pendusta.

Menyampaikan amanah sebagai Rasul Terakhir diteruskan dengan berhijrah ke kota Madinah, 10 tahun Baginda menegakkan kalimah Allah di bumi itu. Setiap detik diceritakan dengan lebih terperinci agar menjadi tatapan umat yang ingin mengenali dan mencintai Baginda.


Kandungan buku ini sebahagian besarnya ialah rangkuman terjemahan daripada dua buah kitab sirah yang masyhur, iaitu kitab Nur al-Yaqin fi Sirah Saiyid al-Mursalin karagan al-Syeikh Muhammad al-Khudri Bik dan Fiqh As-Sirah karangan Dr. Muhammad Sa'iid Ramadhan al-Buti. Penyusun mengolah dan mempersembahkannya bersama titipan hikmah dan iktibar pada penghujung setiap kisah.

Titipan ini bukan sahaja dapat membawa pembaca menyelami dan menghayati kisah-kisah yang pernah dialami oleh Baginda SAW dalam memartabatkan Islam di dunia, malah mampu menjentik tangkai kerinduan di hati sebagai umat Muhammad SAW.

Buku ini dilengkapi dengan info, gambar dan ilustrasi yang menarik serta hampir menyamai peristiwa sebenar yang pernah dialami ketika zaman Rasulullah SAW dan para sahabat yang berjuang menaikkan martabat agama yang benar ini. Bukan itu sahaja, info grafik dan helaian tambahan sebagai bingkisan istimewa turut disediakan berserta rakaman audio penceritaan tentang sejarah perjalanan hidup Rasulullah SAW.


KEISTIMEWAAN BUKU MUHAMMAD RASUL TERAKHIR

1. BUKU HARD COVER - Buku bersaiz 7 x 10 inci dengan kulit keras yang sesuai dijadikan koleksi premium.

2. MUKA SURAT BERWARNA-WARNI - Isi buku yang penuh berwarna-warni dengan gambar dan illustrasi yang menarik dan eksklusif.

3. AUDIO PERISTIWA PENTING NABI SAW - Dengarkan audio peristiwa penting dalam kehidupan Nabi SAW dengan lantunan suara merdu Ustaz Azwan (Far East).

4. POSTER PERCUMA - Dapatkan carta salasilah semua Nabi bermula daripada Nabi Adam AS sehingga Nabi Muhammad SAW.

5. Buku ini dilengkapi dengan info, gambar dan ilustrasi yang menarik serta hampir menyamai peristiwa sebenar yang pernah dialami oleh Nabi SAW pada zaman Baginda.

6. Terdapat banyak infografik yang memudahkan pemahaman, pull out timeline fasa dakwah Nabi SAW dan peristiwa penting dalam hidup insan agung ini.


Dapatkan naskah ini di ==>> Muhammad Rasul Terakhir

You Might Also Like

0 Comments