Wednesday, 22 March 2017

Hindari Bencana Dengan Taubat

Sumber: Google

Ditinjau dari sudut Islam (Al-Quran), segala bencana dan kesulitan yang menimpa sesuatu bangsa atau negara, baik kesulitan politik, ekonomi, social dan moral, atau bencana-bencana alam seperti banjir, letupan gunung berapi yang banyak membawa korban harta dan nyawa, atau wabak-wabak penyakit, bencana rasuah dan fitnah yang berhamburan, dan lain-lain, apabila dianalisa, pasti berpunca dari keingkaran manusia kepada Tuhan, kealpaan manusia terhadap Penciptanya.

Apalagi kalau kealpaan dan keingkaran itu meningkat, menjadi kesombongan, sombong terhadap sesame manusia, bahkan sombong terhadap Tuhan sendiri. Firman Allah:

“Sekiranya anak negeri (rakyat, penduduk) satu negara beriman dan bertakwa, sungguh Kami curahkan atas mereka barakah dari langit dan bumi. Saying mereka malah mendustakan ajaran Kami, kerananya Kami turunkanlah seksaan sebagai hasil perbuatan mereka sendiri. Adakah mereka merasa aman mendapatkan seksa yang Kami turunkan malam hari ketika mereka tidur? Dan apakah mereka merasa aman datang seksa Kami di waktu matahari naik sepenggalahan ketika mereka sedang bermain-main?” (Surah Al A’raf:96-98)

Apabila manusia sudah melampaui batas keingkaran dan kesombongannya, apakah kebaikannya manusia sebegitu diamankan, disenangkan dan dimakmurkan hidupnya?

Apabila diamankan, dibahagiakan dan dimakmurkan, mereka akan bertambah ingkar, jahat dan sombong, sehingga semua isi bumi ini menjadi celaka kerananya. Sebab itu memang baik apabila manusia yang ingkar, jahat dan sombongnya, ditimpakan dengan berbagai-bagai seksa, bencana dan kesulitan, agar mereka sedar dan kembali, sehingga mereka ingat dan beriman kepada Allah, bertaubat, meminta ampun dan mengakui dosa mereka masing-masing.

Suatu bangsa yang selalu memperhambakan diri dan menadahkan tangan meminta ampun dan bertaubat kepada Allah, tidak akan mengalami seksaan dan laknat Allah. Firman Allah:

“Tidaklah Allah akan menyeksa mereka selama engkau berada di tengah mereka, dan tidaklah Allah akan menyeksa mereka sedang mereka sama-sama meminta ampun.” (Surah Al Anfaat:33)

Untuk membebaskan negara dan bangsa kita dari berbagai-bagai bencana, kesulitan dan wabak, tidak cukup hanya dengan bekerja keras, gotong-royong dan pengetahuan seperti yang digembar-gemburkan, tetapi di samping itu, rakyat berserta pemimpin dan penguasa, mesti merendahkan diri di hadapan Tuhan, harus diajar membesarkan dan menghormati Allah, dididik agar patuh jangan sombong terhadap Allah, dengan beribadat, meminta ampun dan bertaubat.

Sejarah Nabi-nabi dan Rasul-rasul, ditambah dengan sejarah beratus-ratus bangsa dan negara yang sudah lenyap dan celaka, menjadi bukti atas kebenaran firman Allah tersebut.

Ingatlah sejarah kaum Nuh, bangsa Aad dan Tsamud dan banyak bangsa-bangsa besar yang telah lenyap ditimpa berbagai bencana: banjir, taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi, perang dan serangan pengganas-pengganas yang kejam, atau malapetaka perang saudara yang terus menerus.

Marilah sentiasa kita ingat dan sedari, bahawa kita ini adalah hamba Allah, makhluk ciptaan Allah. Kita ada kerana dicipta oleh Allah, dibesarkan oleh Allah, disediakan oleh Allah dengan segala keperluan hidup seperti cahaya, hawa, makanan dan minuman. Kita dikayakan oleh Allah, disihatkan dan diberi kedudukan dan pangkat oleh Allah.

Kalau perlu kita paksa diri kita untuk menyedari hal ini, ertinya kalau kita membiarkan sahaja diri kita, kita akan lupa kepada Allah, lupa kepada diri sendiri yang akan mati dan kembali kepada Allah.

Apabila manusia sudah lupa kepada Allah, syaitan dan iblis akan bermaharajalela ke atas dirinya, sehingga dia akan menjadi jahat sejahat-jahatnya. Apabila manusia seperti ini berkuasa menjadi pemimpin bagi suatu negara atau bangsa, maka kejahatan akan berleluasa pada seluruh lapisan rakyat dan masyarakat.

Untuk menghindarkan itu semua, setiap manusia, lebih-lebih lagi para pemimpin dan penguasa harus lebih diperingatkan kepada Tuhan oleh ulama-ulama dan pendakwah. Ulama dan pendakwah yang membiarkan rakyat dan pemimpin hidup lupakan Tuhan, adalah ulama-ulama dan pendakwah-pendakwah yang jahat. Mereka lebih dahulu dimasukkan ke dalam neraka dari orang lain.

Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab r.a. pernah terjadi musim panas yang amat terik dan panjang, sehingga menjadi petaka dan bencana hebat. Umar berbincang dengan para sahabat dan akhirnya mengadu kepada Abbas bapa saudara Rasulullah S.A.W. Abbas mengatakan bahawa bencana tidak akan terjadi melainkan kerana dosa. Sebab itu dianjurkan agar kita seluruhnya, termasuk para pemimpin dan penguasa agar bertaubat dan meminta ampun kepada Allah dengan beribadat sebaik-baiknya dan bermunajat sekhusyuk-khusyuknya.

Memang bencana tidak dapat diatasi dengan ceramah-ceramah dan tindakan politik semata-mata, tidak dapat diatasi dengan kekuatan, kekuasaan dan senjata api, tetapi ianya dapat diatasi dengan taubat.

Kedua orang besar itu, seorang sebagai ketua negara (Khalifah Umar) dan seorang lagi sebagai Ulama (Abbas bin Abdul Muttalib) sepakat untuk menganjurkan kepada diri mereka masing-masing dan semua rakyat, kecil, besar, tua muda, untuk bertaubat, memperbaiki tingkah laku dan merendahkan diri. Lalu mereka dengan berpakaian compang-camping menuju ke kawasan terbuka, padang pasir yang terik. Mereka bertakbir, bertasbih, bertahmid dan bertahlil, membesarkan, memuja dan mensucikan Allah.

Akhirnya Saydina Abbas tampil di tengah-tengah mereka, menadahkan kedua tangan ke langit berdoa, satu doa yang amat masyhur:

“Ya Allah Tuhan kami, sesungguhnya tidak akan turun bencana kalua tidak kerana dosa, dan tidak akan lenyap bencana itu kalua tidak dengan taubat. Seluruh rakyat sudah mengadap muka kepadaMu dengan perantaraanku, kerana kedudukanku sebagai bapa saudara NabiMu. Dan inilah tangan-tangan kami yang penuh dosa kami bukakan kepada Engkau ya Allah, dan inilah pula kepada kami yang penuh dengan taubat, kami bentangkan kepada Engkau ya Allah. Maka berkenanlah Engkau ya Allah menurunkan hujan bagi kami.”

Sesudah doa tersebut  diucapkan oleh Abbas yang diiringi oleh seluruh lapisan rakyat dengan segenap perasaan dan permohonan, langit kelihatan hitam, di langit awan-awan tebal seakan-akan gunung yang berterbangan di udara dari segenap penjuru. Tidak lama kemudian hujan lebat pun turun. Bumi yang kering menjadi basah, hawa yang panas menjadi sejuk. Tanam-tanaman dan tubuh-tumbuhan menjadi hijau, binatang ternak membiak. Negara dan rakyat menjadi makmur, bala dan bencana lenyap entah ke mana perginya.

Ingati dan fahamkanlah sebaik-baiknya ucapan Abbas bapa saudara Rasulullah S.A.W. ini:

“Bahawa sesungguhnya setiap kesalahan dan dosa, yang dilakukan oleh rakyat dan pemimpin, para cendikiawan, para ulama dan kiyai yang terus-menerus akan menyebabkan datangnya bala dan bencana. Dan sesungguhnya bala dan bencana itu tidak akan hilang kalau orang-orang yang bersalah dan berdosa itu tidak bertaubat.”

Sebab itu marilah kita bertaubat, sekali lagi marilah kita bertaubat. Di sinilah letak rahsia kejayaan dan kemenangan yang dicapai Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat yang bagina tinggalkan sesudah baginda wafat. Bangsa Arab yang sedikit, di atas tanah negara yang tandus dan kering, tidak mempunyai faktor-faktor politik, ekonomi dan ketenteraan, menjadi satu bangsa yang bersatu, kuat dan maju, aman dan makmur di bawah pimpinan mereka, sehingga dalam masa yang singkat (kurang 6 tahun) dapat mengalahkan Parsi di Timur dan Rom di Barat. Kekuasaan dan peradaban serta kebudayaan yang mereka bawa dalam masa kurang seabad, berkembang ke timur sampai pinggir sungai Sind, dank e barat sehingga perbatasan Sepanyol dan Perancis sekarang ini.

Dengan iman dan takwa yang selalu di pupuk dengan segala ibadat dan taubat serta berdoa kepada Allah, akhlak mereka menjadi baik, persatuan mereka terjamin, pengetahuan mereka maju sehingga mereka menjadi contoh tauladan yang baik. Di sinilah letaknya rahsia kekuatan mereka yang dapat menguasai separuh permukaan bumi.

Tetapi 6 abad kemudian, mereka dihinggapi penyakit lupa Tuhan, ingkar dan sombong, sehingga kekuasaan mereka lenyap. Di sini pulalah letaknya rahsia kekacauan da bencana yang menimpa setiap rumah tangga, masyarakat bangsa dan negara dan dunia seluruhnya sekarang ini, kerana manusia dan pemimpin hanya pandai melakukan dosa dan kesalahan, tetapi tidak pandai dan tidak menyedari dosa kesalahan, sehingga mereka tidak meminta ampun dan bertaubat.

Maka dosa dan kesalahan yang tidak pernah diampunkan itu semakin menumpuk, menggunung tinggi, memenuhi setiap ruang di dataran tinggi dan rendah, memenuhi ruang antara bumi dan langit. Dosa dan kesalahan yang bukan hanya dilakukan oleh satu atau dua orang, tetapi dilakukan oleh beratus, beribu atau berjuta-juta manusia. Hairankah kita kalua bala, bencana dan seksaan Tuhan dating silih berganti dengan tiada putus-putusnya?

Ya Allah Tuhan kami. Kami bersalah dan aniaya terhadap diri kami. Kalau Engkau tidak memberi ampun dan taubat kepada kami, kami akan menjadi manusia yang rugi. Rugi dalam kehidupan sekarang, lebih rugi lagi dalam kehidupan di Akhirat nanti. Maka ampunkanlah kami dari seksa Neraka. Amin…


Sumber: Mengenal Tuhan - Bey Arifin

Thursday, 23 February 2017

Fahami Mutu Emas Anda

Gambar: Google

Adakah cincin di jari anda ditandakan 916, 950, 14K atau 18K? Untuk pengetahuan anda nombor menunjukan peratus kandungan emas tulen dan K mewakili karat, 1 karat bersamaan 200 mg, Semakin tinggi nombor karat, bermakna semakin tinggi kandungan emas dalam perhiasan emas anda seperti dibawah.

Standard Emas Malaysia
999 – 24K
950 – 23K
916 – 22K
875 – 21K
835 – 20K
750 – 18K
585 – 14K
375 – 9K

Emas di Malaysia lebih popular seperti bawah
1) Emas 10 atau 999 – 24K – 99.9% kandungan emas
2) Emas 950 – 23K – 95.4% kandungan emas
3) Emas 916 – 22K – 91.6% kandungan emas

* 24k gold, adalah emas tulen.
* 18K gold, mengandungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 75% emas.
* 14k gold, mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 58,3% emas.
* 12k gold, mengandungi 12 bahagian emas dan 12 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 50% emas.
* 10K gold, mengandungi 10 bahagian emas dan 14 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 41.7% emas. (10K emas karat adalah kandungan minimum yang boleh disebut “emas” di Amerika Syarikat).

Tanda Mutu bagi Negara Eropah
Perhiasan emas Eropah ditandakan dengan nombor-nombor yang menunjukkan peratusan kandungan emas mereka, seperti dibawah:
* 18K gold, ditandakan 750 untuk menunjukkan 75% emas
* 14K gold, ditandakan 585 untuk menunjukkan 58.5% emas
* 10K gold, ditandakan 417 untuk menunjukkan 41.7% emas

Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas ?
Selain dari tanda karat pada perhiasan emas anda, ia juga perlu disertai dengan tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya. Tanda negara asal barangan mungkin juga akan disertakan.
Di kebanyakan negara di dunia undang-undang menghendaki setiap barang kemas secara jelas dicop dengan simbol karat. Ia sering dikawal melalui sistem “Hallmarking” yang berasal dari London di “Goldsmiths’ Hall” mulai abad ke 14. Hari ini “Hallmarking” adalah diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Peranchis dan Bahrain. Jika tiada undang-undang yang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop tanda perusahaan mereka termasuk karat dan ketulenan.
Hallmark ialah satu tanda atau beberapa siri tanda dicetak pada logam berharga seperti platinum, emas, perak dan di sesetengah negara, palladium.
Hallmark sering disalah ertikan dengan perkataan trademark. Hallmark ialah satu tanda rasmi yang mengesahkan ketulenan sesuatu logam, trademark pula adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dan membuat sesuatu produk.
Common Control Mark atau CCM yang biasa dilihat pada emas, perak & platinum.

Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?
Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana lembut, ia perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda.

Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)
Berbagai kaedah mekanikal digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah disebabkan hakisan.

Kandungan Emas Dalam Barang Kemas 
Kebanyakan barang-barang kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh yang ditulis 1/20 12k GF bermaksud bahawa perhiasan tersebut 1/20 berdasarkan berat emas 12k.

Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)
Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam bentuk emas salutan, mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu di sadur semula.

Jadi, Apa yang Harus Anda Beli? 
Emas tumpat (Solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas, seperti emas 18K atau 22k. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan anda.

Tuesday, 14 February 2017

Rumah Baru

Sayang...

Sayang sangat rumah ni. Banyak sangat kenangan rumah ni. Tapi memang dah tahap tak boleh nak tinggal dah. Ramai yang cakap, ruginya... Hmm meh nak tunjuk sikit...


Atap dapur bocor. Lampu dah banyak kali repair. Tapi still tak boleh pakai. Tikus banyak. Habis wiring kena gigit. Mentol lampu pun dah banyak kali pecah.




Nampak tiang macam elok lagi. Tapi dalam tiang tu kosong. Habis kena makan anai-anai.

Masa nak buang dinding, pekerja tu just tolak pakai kayu je. Punya la senang nak robohkan rumah ni. Huhu



Ini homestay sementara kami. Kawasan letak kereta asalnya tapi dijadikan homestay untuk sementara. Hehe... Ramai yang tak percaya kami boleh duduk dalam homestay ni. Ya la mana taknya, dah la semuanya perempuan. Actually buat sementara je. Sekali sekala merasai kekurangan apa salahnya. Kami ok je. Homestay ni pun tak kan bertahan lama. Baru 2bulan dah naik anai-anai. adehh.

Semasa dalam pembinaan.

Alhamdulillah. Dah hampir siap. Ada yang tanya... Siapa yang design rumah ni? Actually hasil idea my mom dan aku. Pada mulanya agak susah nak buat design ni sebab nanti structure bumbung jadi tak cantik. Facing rumah pun jadi tak cantik. Tapi akhirnya menjadi juga walaupun banyak rintangan. Kontraktor yang buat rumah ni suruh apa pun boleh. Memang terbaik. Harga pun murah dari kontraktor lain. Memang aku rekemen. 

Friday, 3 February 2017

Soalan Popular Tentang Emas

Gambar: Google 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SIMPANAN EMAS?

Simpanan emas bermaksud anda menukarkn wang fiat anda atau memperuntukkan hasil pendapatan dengan membeli emas untuk tujuan simpanan. Emas yang sesuai dijadikan simpanan seperti dinar, syiling, bar dan jongkong. Simpanan emas untuk jangka masa yang panjang. Namun boleh disesuaikan ikut keperluan anda..

SIAPA YANG HARUS MENYIMPAN EMAS DAN DENGAN SIAPA HENDAK DIBELI?

Semua orang yang menyimpan wang kertas harus menyimpan emas. Wang kertas berperanan untuk pernukaran belian barang/perkhidmatan secara tunai (on the spot). Wang kertas bukan penyimpan nilai yang baik. Ia akan susut nilai dan terus dimamah inflasi. Mana pilihan anda? Simpan wang kertas di bank dengan sedikit kenaikan (belum ditolak inflasi) atau simpan emas untuk jangka masa panjang.

DI MANAKAH SAYA PERLU BELI EMAS?

Emas fizikal boleh dibeli dengan syarikat yang menjual emas dengan harga murah dari kedai emas. Terdapat berbelas ribu dealer mobile di seluruh Malaysia. Contohnya syarikat powergold.biz. Harga yang ditawarkan berpatutan.

BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK MEMBELI EMAS?

Bila anda ada wang dan kesedaran. TERUSKAN NIAT MEMBELI DAN JANGAN BERLENGAH LAGI. Beli emas semasa harga emas turun sedikit beli secara konsisten setiap bulan. Macam kempen powergold....KEMPEN 1gram 1 bulan 1 keluarga. Ikutlah kemampuan kewangan anda. Jangan menyimpan secara terpaksa atau berhutang komitmen bulanan kerana beli emas.

SEBAB APA SAYA PERLU SIMPAN EMAS?

1. Nilai wang semakin jatuh
2. Harga emas semain naik untuk jangka masa panjang
3. Emas adalah aset yang mudah cair
4. Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
5. Pelindung kekayaan
6. Portfolio simpanan dan pendapatan

EMAS KENA GST TAK?

Ya, emas kena gst. Tetapi hanya emas 916 sahaja yang kena. Emas 999 tidak kena. Emas 916 adalah emas perhiasan manakala emas 999 adalah emas pelaburan. Semua produk emas atau perak yang berketulinan 99.5 dan ke atas adalah dikecualikan daripada gst.

APA ITU LBMA?

LBMA adalah singkatan kepada London Bullion Market Association. Sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di London yang memberi pengiktirafan kepada emas. Jadi, kiranya emas yang dikeluarkan oleh kilang yang mendapat pengiktirafan LBMA ni lebih senang dijual dan beli di mana-mana negara tanpa curiga, sekatan atau birokrasi seperti emas yang dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery edaran Public gold. Walau bagaimanapun emas tetap emas, semua orang terima, emas palsu je orang tak terima. Dan cuma company yang ada kepentingan je memerlukan sijil dan pengiktirafan supaya produk diorang laku di seluruh dunia.

APA ITU SPREAD?

Spread ialah istilah bagi peratus buy back yang biasanya lebih rendah dari harga asal. Emas terpakai apabila dijual balik atau digadai akan mengalami susut nilai RM dan berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain mengikut faktor yang mereka rasakan wajar. Walau bagaimanapun, emas tetap emas, tidak pernah susut nilai ketulinannya cuma pekedai, bank, dan pajak gadai sahaja yang merendah-rendahkan nilainya atas tujuan keuntungan.

APA ITU LOCK?

Lock ialah istilah yang digunakan oleh pembeli dan peniaga emas online. Istilah lock tidak digunakan oleh peniaga dan pembeli emas offline kerana jual dan beli berlaku on the spot. Berbeza ketika online, tawar menawar jual beli berlaku dalam tempoh yang panjang disebabkan line slow, atau terganggu dengan kerja-kerja semasa. Oleh kerana harga emas berubah-rubah setiap masa jadi pembeli akan menggunakan istilah lock sebagai tanda ingin membeli dengan harga pada waktu itu. Walau bagaimanapun, lock harga hanya bertahan selama 24jam, jika tiada bayaran dalam tempoh tersebut lock dikira terbatal dan bayaran hendaklah mengikut harga baru jika harga emas berubah.

MENGAPA HARGA EMAS BERBEZA?

Ya, harga emas berbeza antara seorang penjual dengan penjual yang lain. Begitu juga emas yang dijual dikedai dan emas yang dijual di internet atau oleh orang perseorangan. Biasanya pekedai akan mengikut harga yang ditetapkan oleh persatuan peruncit emas dan harga mereka biasanya lebih mahal dari harga yang ditetapkan oleh persatuan emas malaysia. Ada yang menjual dengan harga kawalan so tak payah ubah-ubah harga dah, ada yang tak ambik upah, ada yang meletakkan harga per gram murah tapi upah mahal, ada yang tak kenakan gst, ada yang kenakan gst, dan sebagainya. Jadi boleh pilih mana satu yang penting jangan tertipu atau rasa tertipu selepas membeli.

APA ITU HARGA KAWALAN?

Dalam dunia emas pun ada harga kawalan. Harga ini ditetapkan oleh persatuan emas atau persatuan peruncit emas (Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia). Tujuan harga kawalan ini adalah sebagai tanda aras supaya penjual tidak sewenang-wenangnya menjual dengan harga yang lebih mahal. Jadi sebenarnya kita nak jual 1g berharga RM200 pun boleh je. Tak salah pun. Cuma pembeli je yang rasa macam tersalah beli padahal tak salah pun. Betul la... Itu emas dan dia telah membelinya.

BAGAIMANA SAYA HARUS BERMULA?

1) Mulakan dengan mendidik diri sendiri jadi PENYIMPAN. Sebagai contoh, simpan lah 1gram 1bulan.

2) Jadi Penyimpan Merangkap Dealer /Peniaga.
Beli semaksima yang anda mampu. Separuh simpan. Separuh lagi dijadikan stok untuk jualan. Beli pada harga murah dan jual dikala harga emas naik. Untung runcit anda simpan. Jika tak dapat jual, anda masih untung kerana anda simpan emas kerana harga emas semakin naik.
Hari ini semakin ramai yang dah celik emas. Anda dah baca. Anda dah faham. Mulakan langkah pertama anda. Anda buat anda dapat. Selamat maju jaya!

Saturday, 21 January 2017

Tips Kewangan



1. Setiap kali berhutang, catatkan dan simpan bukti pembayaran. 


2. Duit KWSP yg diperolehi boleh dilaburkan/ buat rumah/ sambung belajar. Jangan sesekali bersetuju bekerja tanpa KWSP walaupun cuma syarikat kecil. Kalau tidak, ianya salah disisi undang-undang.


3. Sentiasa catat belanja harian. Supaya kita nampak aliran keluar masuk penggunaan duit kita.


4. Simpanan Emas, Hartanah perlu didahulukan dan diutamakan.


5. Cari Emas 999.9%. Pastikan emas yang di beli tulen. 


6. Kalau kita simpan duit cash, akan dimakan oleh inflasi.


7. Jangan jadikan emas sebagai harapan untuk dilaburkan. Sebab ramai dah tertipu. Tertipu dengan skim cepat kaya dan tertipu dengan harga spread. Contoh; eta... 


8. Jangan simplistik. Kalau kita beli 1kg goldbar, ada kah org yg akan beli 1kg goldbar itu? Kena cari potential buyer awal2 kalau nk beli 1kg. Kalau beli gram sikit2, lebih mudah cari potential buyer.


9. Fikirkan juga side income. Disposable income kena tambah. Yang tak haram, yang tidak mengganggu kerja utama. Jinakkan juga diri dengan menulis.


10. Jauhi skim cepat kaya. Kalau menjanjikan keuntungan lebih 8% setahun, itu sangat meragukan. Jangan jadi kaya pelahap.


11. Untuk yang berumur <30, ambillah takaful perubatan. Bila ambil lepas umur 30, dah susah sedikit kerana boleh jadi masa itu, dah sakit macam2.


12. Aqidah kena yakin bahawa kekayaan itu kurniaan dari Allah. Jangan fikir bila bersihkan harta, kita jatuh miskin.


13. Dilema nak beli rumah. Nak sewa atau beli rumah kecil? Beli sahaja rumah kecil pun tak mengapa. Bila harga naik, boleh disewakan. Kumpul hartanah sikit-sikit.


14. Downpayment boleh dapat dari KWSP selepas 5 tahun atau pinjam dahulu dari mak a yah atau kurangkan perbelanjaan tidak perlu. Cth; tak perlu astro, 3g telefon tak perlu ambil, dan beli smart tag kerana itu lebih jimat, sebab tak payah beratur panjang. Bila beratur panjang lebih banyak sebenarnya kereta menggunakan minyak. Dan bawa kereta secara berhemah.


15. Lagi lambat beli rumah, lagi cepat harga naik setiap tahun. Sebolehnya beli sebelum umur mencecah 35 tahun.


16. Harga rumah paling bagus ialah 56 kali ganda dari monthly house income. Kalau tidak mampu, beli tanah dahulu, kemudian baru buat rumah. Belilah tanah yang dekat dengan jalan raya bukan pedalaman.


17. Bayaran bulanan rumah yang ideal ialah tidak melebihi 26% dari gaji kita.


18. Tinggalkan saki baki riba kerana dosanya sama dengan berperang dengan Allah & RasulNya. 1 dirham riba dosanya sama dengan 30 kali berzina. Sama dengan berzina dengan ibu sendiri. Naudzubillah.


19. Pelaburan saham ada high risk dan high return. Dan dia tidak begitu terjamin. Tetapi bagus untuk orang yang rajin membaca. Kalau malas membaca, dan update tentang saham, jangan berani dekati pelaburan saham ini.


20. Forex trading haram sebab ia judi.


21. Cara nak buat side income paling mudah bagi mahasiswa/wi ialah dengan menjadi stokis barangan secara part time. Modal kecil, buat secara konsisten, boleh dapat untung yang banyak.


Saturday, 27 August 2016

Recipe: Aiskrim Vanila Oreo Coklat Chip


Assalamualaikum.... Tajuk entry hakakk hari ni memang boleh buat orang terujakan? 

Hakakk ni kalau boleh hari-hari nak makan ais krim. Beli nak yang mahal je. Ye la tak puas la makan aiskrim yang beli kat pak cik mat cool bawak motor petang2 tu. Kadang2 tu dah berangan nak tahan pak cik tu tapi akhirnya selalu terlepas. Puas la suruh anak buah terjerit2 panggil "matcool! matcool!". Nak harapkan hakakk yang jerit memang tak laaa... 

Ok... Bahan2 nak buat ais krim ni punya la senang dan tak banyak. Memang bertambah2 rajin la bagi si peminat aiskrim untuk buat resepi ni. Kalau mudah macam ni pun malas hakakk tak tau la nak habaq lagu mana lagi. Huhu

Bahan-bahan:

1-Whipping cream (1liter)
2-Susu pekat manis (25sudu) 
3-essen vanilla (5sudu)
4-coklat chip
5-biskut oreo (2paket)


Cara-cara:

1. Pukul whipping krim hingga kembang. Mcm mana nak tau die dah kembang? Ok pastikan whipping krim nampak berkilat. Bila sengetkan bekas die tak tumpah. Jangan over pukul whipping krim ni sebab nanti die akan jadi berketul dan berair. 

2. Masukkan essen vanilla,

3. Susu, susu ni ikut selera sebenarnya. Kalau nak manis letak lebih.

4. Hancurkan biskut oreo then masukkan,

5. Taburkan coklat chip ikut selera. Kalau hakakk, hakakk akan letak banyak.

6. Masukkan dalam peti ais. 



Dah siap! Macam mana? Ada rasa macam beli yang kat kedai tak? Hehe

XOXO

Monday, 22 August 2016

Cara Mudah Asingkan Pendapatan untuk Emas

Assalamualaikum...

Ada yang bertanya,

"Eh macam mana ko asingkan duit gaji ya? Aku tengok tiap2 bulan ko beli emas. Aku ni nak beli 0.5gram pun terkial2. Duit simpanan asyik TERguna je."

"Meh sini aku ajar. Mudah je wei. Cuma nak buat atau tak je".

Tiap2 bulan, dapat je income selalunya aku akan masukkan 10% ke dalam account savers-i Maybank. Account ni aku buat khas untuk simpan duit sahaja. Macam mana nak bukak account ni? Anda boleh google je cara2 nya. Anda perlu sediakan minima rm250 untuk bukak account ni. Rm250 ni anda tak boleh keluarkan ya. Nanti jangan terkejut plak bila bukak account Maybank2u nampak ada 2 account. Bila nak keluarkan duit di mesin atm pun anda akan nampak ada 2 account. So boleh pilih nak keluar duit dari account mana2 pun.

Tapi, berbalik pada tujuan utama kita bukak account i-savers ni. Tujuan kita untuk menyimpan. So pastikan lepas bukak account i-savers ni tiada lagi alasan TERguna duit sebab kita dah asingkan siap2 duit saving dengan duit untuk perbelanjaan lain. Cukup je nilai semasa untuk 0.5/1/5/10/20gram emas (ikut anda la mampu beli yang berapa gram punya) terus order emas. Jangan tangguh2 lagi.

Enquiries:
WA: 0122043633

Monday, 1 August 2016

CARA MENABUNG UNTUK PEMBOROS



Al-kisah diri saya. Saya tak nafi lah saya memang boros. Saya tak pandai simpan duit.

Saya pernah simpan RM500 dalam bank tapi tak lama pun tahan, 3 hari lepas tu saya withdraw.

Saya pun test la dengan 1gram 1bulan. Adakah saya mampu tahan nafsu nak belanja? Hingga waktu mendesak pun adakah saya jual emas yang dah bergram2 ni?


Jawapannya tidak.

Saya pun lupa dah berapa bulan dalam simpanan ni.

Kalau setakat takde duit sikit2 nak belanja tu takde la sampai nak jual emas ni. Banyak lagi cara lain.


Saya simpan ni pun sebab banyak sebab:

-Saya tak tahu esok lusa kewangan saya macam mana.

-Saya tak tahu bisnes sampai bila bertahan. Kadang kita tak sangka dugaan datang.

-Saya tak tahu esok2 Tuhan nak uji kita sakit ke.

Mungkin kalau saya tak simpan emas ni, saya memang takde tabungan langsung.

Jangan takut nak simpan emas. Takot simpan duit banyak2 akhirnya takde nilai.


Awak boros?

Meh simpan EMAS. Sebab kita bukan hanya sekadar menyimpan tapi juga untuk pelaburan jangka panjang yang menguntungkan!

1Gram 1Bulan 1Keluarga


:: NIAGOLDBIZ ::
Perunding Emas Online
0122043633

Saturday, 30 January 2016

Bagaimana Cara Menjana Keuntungan dengan EMAS?



Beli Emas dan Simpan

1. Jadikan emas sebagai simpanan jangka masa panjang.
2. Simpan emas sekurang-kurangnya untuk tempoh 3-5 tahun.
3. Tukarkan duit kepada bentuk emas.
4. Jual emas hanya bila nak pakai duit sahaja.
5. Harga emas sentiasa naik dalam jangka masa panjang. Jadi usah risau tentang kerugian. Untuk jangka panjang kita sentiasa untung.

Beli, Jual, Beli, Jual

1. Prinsipnya beli waktu harga emas turun jual bila harga emas naik.
2. Setkan harga anda dengan buat belian emas pertama sebagai benchmark. Jika harga emas rendah drari harga emas belian pertama anda, anda beli. Jika sebaliknya anda jual.

Berniaga sambil simpan emas

1. Cara paling cepat untung dalam pelaburan emas adalah berniaga emas sambil simpan emas.
2. Pelabur emas hanya untung bila harga emas naik tetapi peniaga emas untung bila harga emas turun dan hrga emas naik.

JOM SIMPAN EMAS!!!


Monday, 18 January 2016

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN RASULULLAH S.A.W

1. Tidak pernah menyakiti hati peniaga lain

Keperibadian Rasulullah saw disenangi walaupun daripada usahawan-usahawan lain yang merupakan pesaing.


2. Lurus dan tepat dengan kiraan

Membina kepercayaan adalah amat penting dalam perniagaan. Menipu dalam pengiraan atau berniaga bukan sahaja akan kehilangan pelanggan, malah akan menjadikan keuntungan kita tidak berkat.


3. Sentiasa senyum ketika menjual beli

Senyum itu sedekah. Senyum itu sunah. Tidak susah memberi senyuman, malah ia juga akan mengundang senyuman yang lain!


4. Jujur dan amanah

Sehingga baginda dikenali sebagai “Al Ameen” dikalangan usahawan dan juga pelanggan.


5. Lemah lembut ketika berniaga

Cara dan gaya Rasulullah saw amat disenangi oleh pelanggan-pelanggan tidak kira umur dan latar belakang. Pelanggan Rasullullah adalah dari pelbagai bangsa juga.


6. Berniaga secara kreatif

Ada ketika baginda memberitahu harga pokok barangan yang dijual dan memberi pilihan kepada pembeli untuk membelinya pada harga apa sahaja yang termampu!


7. Bukan mengejar harta semata-mata

Tidak mengejar harta untuk duniawi ketika berniaga.


8. Fasih dalam bertutur kata

Kebolehan berkomunikasi adalah penting ketika berniaga. Bukan sahaja gaya percakapan, tetapi juga komunikasi melalui keterampilan diri.


9. Bijak membuat keputusan

Rasulullah saw telah mendalami ilmu perniagaan dan belajar dari usahawan yang lebih berpengalaman sejak muda lagi, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib.

9/10 rezeki datang dari perniagaan. Dalam menjana pendapatan tambahan, ilmu adalah amat penting.