Penyakit Mental Dari Perspektif Islam

07:30

Penyakit mental menjejaskan kewarasan dan kejituan akhlak yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat menjalankan tugas sebagai Muslim atau Muslimah dengan sempurna seperti yang dituntut Islam sehingga tanggungjawab kepada Pencipta akan turut terabai atau terhapus. Sedangkan manusia dijadikan sebagai khalifah dan hamba di muka bumi untuk mengabdikan dirinya kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Zariyat ayat 56 yang bermaksud, "Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (terhadap-Ku).”

Kekuatan seorang Muslim tidak hanya berpaksikan kepada faktor 'maddi' (fizikal atau meterial) tetapi bergantung kepada faktor rohani atau spiritual. Kadangkala faktor inilah yang menjadi penentu pembentukan insan yang sempurna dalam menjaga hak-haknya yang sah dan menangkis semua tekanan atau gangguan yang bertujuan memusnahkannya. Manusia terlalu terdedah kepada keadaan stres dan mustahil untuk menangkis tekanan dalam kehidupan. Faktor rohani atau maknawi inilah yang menjadi kekuatan dan kecekapan dalam menangkis tekanan persekitaran yang boleh mengakibatkan terjerumus dalam penyakit mental yang serius.

Setiap masalah dan tekanan yang mendatang dapat diatasi dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan percaya dengan sepenuhnya setiap masalah akan ada penyelesaiannya. Kita sebagai hamba yang bertakwa haruslah sentiasa berserah secara total dan bertawakal kepada Yang Maha Pengasih dan Pemurah seperti janji-Nya dalam Surah Talaq ayat 2-3 yang bermaksud, "Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah) sesiapa yang berserah bulat-bulat (tawakal) kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).

Perubahan pada gaya hidup yang lebih positif adalah satu strategi pencegahan terbaik terhadap penyakit mental yang semakin membelenggu masyarakat Malaysia kini. Amalan gaya hidup sihat adalah tuntutan agama yang mesti dipatuhi supaya dapat menangani masalah-masalah kesihatan masa kini terutamanya penyakit mental dan kecelaruan psikiatri.

You Might Also Like

0 comments

Followers

Contact Form

Name

Email *

Message *