Sunday, 21 June 2015

7 Sebab Kenapa Anda Boleh Rugi dengan EMAS


Sumber: Google

1. Join Skim Pelaburan Emas

- Ya. Tidak terkejut saya katakan rata-rata orang Malaysia gemar menyertai pelaburan kononnya labur dan dan goyang kaki ini. Hakikatnya tiada jaminan yang anda akan boleh untung dengan pelaburan seperti ini. 

2. Beli dengan harga yang mahal sedangkan boleh dapat harga murah

- Kebanyakkan pembeli tidak membuat survey dahulu sebelum membeli. Cuba selepas ini anda rajin-rajinkan diri membuat survey dibeberapa kedai. Buatlah pilihan yang bijak. 

3. Simpan dalam akaun simpanan emas

- Terdapat 2 jenis Akaun Simpan Emas; 1. Dalam bentuk kertas sahaja (tiada emas fizikal) 2. Membenarkan anda mengeluarkan emas secara fizikal. Kedua-duanya beroperasi seperti akaun simpanan konvensional tetapi bezanya anda tidak mendapat sebarang bayaran faedah atau dividen. Ia berdasarkan harga emas semasa. Sekiranya harga emas naik, pelabur akan untung (keuntungan dikira selepas ditolak yuran yang bank telah kenakan). Sekiranya harga emas jatuh, pelabur akan kerugian wang. Pihak bank masih akan mengenakan yuran yang sama. Jadi pihak bank masih untung tidak kira kita untung atau rugi. Hakikatnya, emas tiada pun. Ia hanyalah penjanjian di atas kertas sahaja.

4. Jual tanpa sebab dan simpan semula dalam bentuk wang kertas

- Jual tanpa sebab. Sedangkan umum mengetahui nilai wang fiat makin jatuh. Kekalkan sahaja emas anda dalam bentuk fizikal. Ia lebih menguntungkan. Fikir dahulu tujuan sebenar anda sebelum menjual emas anda.

5. Terlibat dengan ar rahnu tanpa sebab munasabah

- Saya akan terangkan bab ini di entry yang lain.

6. Beli emas sadur/ palsu

- Kebanyakkan pembeli tidak mengetahui perbezaan antara emas 916/999 dengan emas sadur atau palsu. Rata-rata mengetahui setelah ingin menjual emas tersebut kembali. Emas-emas ini jika dijual kembali memang tidak laku. Akhirnya pembeli mengalami kerugian. 

0 comments:

Post a Comment