Panduan Menyelesaikan Masalah
Sumber: Google |
1. Terima kenyataan bahawa anda mempunyai masalah.
Jangan hanya duduk termenung menantikan keajaiban datang menjelma untuk menyelesaikan masalah itu. Anda juga perlu berhenti daripada menyalahkan orang lain. Anggaplah masalah sebagai satu peluang untuk anda menguji keupayaan sendiri.
2. Kenal pasti apakah masalah.
Sekali lagi, jangan asyik menyalahkan orang lain. Jika benar pun ada fakor luaran yang menyebabkannya, tangguhkan sekejap. Objektif kita sekarang bukan untuk mencari salah siapa, tetapi apa masalahnya.
3. Masalah itu milik siapa?
Setelah menyenaraikan masalah sebenar, fikir semula adakah ia benar-benar kerana anda? Jangan bebankan diri anda? Jangan bebankan diri anda dengan memikirkan masalah yang "dimiliki" oleh orang ain. Pilih masalah anda yang sebenar, dan "pulangkan" semula semua yang menjadi milik orang lain.
4. Berbincanglah dengan orang lain.
Biasanya orang yang menghadapi masalah akan rasa gelisah dan risau, ini boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk menyelesaikan masalah itu. Tetapi jangan pula hendak "menjaja" masalah itu kepada semua orang. Pilihlah orang yang sesuai jika anda rasa perlukan perbincangan dengan orang lain.
5. Kenapa maslah tersebut timbul?
Jika banjir kilat disebabkan longkang yang tersumbat, maka bersihkanlah longkang tersebut. Dengan mengenal pasti punca, kadangkala anda boleh mendapatkan penyelesaiannya. Tetapi dalam kebanyakan hal, belum tentu punca boleh menyelesaikan masalah. Tetapi ia penting untuk memastikan pekara yang sama tidak berulang kembali.
6. Apa yang boeh memburukkan lagi keadaan?
Bunyinya macam untuk merosakkan keadaan, tetapi tidak. Dengan mengenal pasti perkara yang boleh memburukkan keadaan, anda boleh mngelak daripada memburukkan keadaan.
7. Fikirkan tiga cara untuk memperbaiki keadaan.
Yang pertama, tindakan kecemasan untuk dilakukan sekarang, kedua adalah tindakan pemulihan sebentar lagi, dan ketiga, tindakan untuk jangka masa panjang. Setiap satu mungkin mempunyai beberapa subtndakan (plan B) yang tersendiri.
8. Jika perlu, minta bantuan orang lain.
Belajarlah bagaimana untuk berinteraksi secara persuasif. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk mempengaruhi orang lain agar bersama dengan anda.
9. Rekodkan usaha-usaha anda.
Setiap kali anda bekerja untuk menyelesaikan masalah anda, anda sebenarnya sedang mempertingkatkan diri anda. ekodkan kerja-kerja anda itu walaupun perlahan. Sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda sedang bekerja untuk menyelesaikan masalah anda.
10. Masalah adalah CABARAN dan PELUANG
Ia adalah cabaran dan peluang untuk anda mempertingkatkan diri anda. Tanpa masalah, hidup anda akan mendatar dan tidak berkembang. Setiap kali anda berjaya menyelesaikan masalah, potensi diri anda akan meningkat. Dalam masa yang sama, pengalaman akan bertambah dan keyakinan pada diri sendiri juga akan meningkat.
*Tiada silapnya untuk mempunyai masalah. Masalah ialah perkara normal dalm kehidupan manusia. Malah, orang yang tidak bermasalah sebenarnya mempunyai masalah. Oleh itu, setiap kali anda ditimpa masalah, ingatlah, pada hari ini, berjuta orang ditimpa masalah, dan anda ialah salah seorang daripadanya. Oleh itu, apa masalahnya?
0 Comments