Paras Rupa atau 'Sekufu'?

By Tuesday, November 11, 2014

Sumber: Google


Assalamualaikum...

Jejaka dan Gegadis,

Hmm tak dinafikan. Kebanyakan daripada kita mengidamkan pasangan yang sempurna dari rupa paras. Nak yang handsome/cantik tapi muka diri sendiri pon tak seberapa. Kenapa perlu yang handsome/cantik tapi perangai/attitude teruk? Terima je la seadanya. Jika nak memilih pasangan hidup pilih la yang jenis boleh buat kita berubah menjadi manusia yang lebih baik. Biarlah kurang dari rupa paras sekali pun...

'Carilah pasangan yang bijak. Orang yang bijak jarang menipu. Orang yang bijak tahu bezakan mana baik dan buruk. Orang yang bijak tenang jika ada masalah.'

'Carilah yang berpengetahuan agama. Yang tak tinggal solatnya. Insyaallah kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.'

Orang tua-tua kata, carilah pasangan yang sekufu. Insyaallah aman rumah tangga. Kenapa aku kata perlu sekufu? Kerana beberapa kes penceraian sekarang ni berpunca kerana tidak sekufu. Kebanyakannya mempunyai masalah penindasan terhadap pasangan atau mempunyai masalah dengan mertua. Biasalah pengaruh materialisme dan keduniaan sangat ketara pada zaman moden hari ini.

Walau bagaimanapun sekufu bukan syarat sah nikah. So tak perlu risau jika anda dan pasangan anda tidak sekufu. Kita perlu ingat manusia berasal dari Adam dan Adam berasal dari tanah.

Sekufu yang dimaksudkan Islam dalam menimbangkan soal sekufu pula adalah dalam perkara agama. Ini bermakna, seorang Muslimah tidak boleh dinikahkan dengan lelaki yang gemar kepada dosa dan penzina walaupun lelaki tersebut mempunyai harta atau pangkat.

Ini sekadar pendapat. Kalau dah bercinta... Ada ke yang makan 'nasihat'??? Yang jahat nampak baik. Yang buruk nampak cantik. Yang busuk bau wangi je. Haha


XOXO

You Might Also Like

0 Comments