Etika Berkaitan Jenazah dan Takziah
Sumber: Google |
Segera
menguruskan jenazah dan mengebumikannya
Abu Hurairah r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Segeralah (di
dalam menguruskan) jenazah, sebab jika amalnya soleh, maka kebaikanlah yang kamu
berikan kepadanya. Dan jika sebaliknya, maka keburukanlah yang dilepaskan dari
bahu kamu.” (Muttafaq `alaih)
Tidak
menangis dengan suara yang kuat dan tidak meratapinya
Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud: “Bukan daripada golongan kami mereka yang
memukul-mukul pipinya dan merobek-robek bajunya, dan menyeru kepada seruan
jahiliah.” (Riwayat al-Bukhari)
Disunatkan
menghantar jenazah hingga ke kubur
Rasulullah bersabda,
mafhumnya: “Sesiapa yang menghadiri jenazah hingga menyembahyangkannya, maka baginya
(pahala) sebesar qirath. Dan sesiapa
yang menghadirinya hingga dikuburkan, maka baginya dua qirath.” Nabi ditanya: “Apa qirath
itu?” Baginda menjawab: “Seperti dua gunung yang sangat besar.” (Muttafaq
`alaih)
Memuji
si mati
Memuji si mati dengan mengingati
dan menyebut-nyebut kebaikannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
“Janganlah kamu mencaci orang yang telah mati kerana mereka telah sampai kepada
apa yang telah mereka perbuat.” (Riwayat al-Bukhari)
Memohon
ampun untuk si mati
Pohonlah keampunan
untuknya selepas pengebumian. Ibn Umar pernah berkata: “Adalah Rasulullah
apabila selesai mengebumikan jenazah, maka Baginda berdiri di atasnya dan
bersabda: ‘Mohonlah ampun untuk sadaramu ini, dan mintalah daripada Allah agar
ia diberikan keteguhan kerana ia sekarang ditanya.’” (Riwayat Abu Daud)
Sunat
menghiburkan keluarga yang berduka dan memberikan makanan kepada mereka
Mafhumnya sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Buatkanlah makanan kepada keluarga Ja’far
kerana mereka ditimpa sesuatu yang membuatkan mereka sibuk.” (Riwayat Abu Daud)
Disunatkan mengucapkan takziah kepada keluarga si
mati dan menyarankan mereka supaya bersabar.
0 Comments