Idrop Annusyrah: Rawatan Islam untuk Mata yang Terang dan Sihat
Jenis-jenis Rabun Mata
1. Rabun JauhRabun jauh adalah keadaan dimana cahaya yang masuk ke dalam mata terfokus di hadapan retina yang menyebabkan objek pada jarak jauh kelihatan kabur.
2. Rabun Dekat
Rabun dekat terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya tertumpu ke bahagian belakang retina.
3. Rabun Silau (Astigmatism)
Ini terjadi apabila bentuk kornea tidak sekata dan membiaskan cahaya kea rah yang berlainan. Ia boleh terjadi bersama jenis rabun mata yang lain seperti rabun jauh dan dekat.
Tanda-tanda rabun mata
Rabun Jauh-Objek jauh tidak dapat dilihat dengan jelas tetapi objek dekat boleh dilihat dengan jelas.
-Cubaan mengecilkan mata apabila melihat objek yang jauh.
-Membaca dengan jarak yang terlalu dekat (kurang dari 30cm).
-Mata kerap berair.
-Kerap sakit kepala.
Rabun Dekat
-Objek dekat kelihatan kabur tetapi objek yang jauh boleh dilihat dengan jelas.\
-Mata menjadi penat dan mengalami sakit kepala.
-Mata menjadi juling.
Rabun Silau
-Objek jauh dan dekat kelihatan kabur.
-Mata berasa penat dan mengalami sakit kepala.
Tips pencegahan mata dari mengalami kerabunan
- Hendaklah membaca dalan bilik/ kawasan yang cukup pencahayaannya. Tidak gelap dan tidak terlalu terang.
- Memastikan mebaca pada jarak 30-40 cm dari buku ke mata.
- Elakkan membaca ketika berada dalam kenderaan.
- Limit membaca/melihat gajet/ komputer selama 20 minit dan rehat seketika dengan memandang objek yang jauh, memandang tumbuh-tumbuhan hijau. Elakkan membaca/ melihat gajet/ computer secara berterusan untuk tempoh yang panjang.
- Duduk pada jarak 3 meter dari TV ketika menonton TV.
- Betulkan postur membaca anda. Duduk di atas kerusi dan meletakkan buku di atas meja. Elakkan dari membaca sambil berbaring dan membaca sambil duduk di kerusi dan meletakkan kepala di atas meja. Posisi badan ketika memaca mestilah tegak.
- Pastikan jarak dari skrin computer 50cm ketika penggunaan.
- Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C.
- Amalkan senaman untuk mata.
- Kelipkan mata dengan kerap untuk mengelakkan mata menyejat dan menyebabkan mata tidak mempunyai lapisan perlindungan.
Rawatan Menggunakan Ayat Al-Quran
Setiap ayat Al-Quran diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu.Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.
AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR
Di dalam surah Al-Israa’ ayat 82, Allah (s.w.t) berfirman:“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.”
Dan di dalam surah Fussilat ayat 44, Allah (s.w.t) berfirman:
“Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”.
Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah (s.w.t), penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.
***Bagi yang ingin mencuba atau berikhtiar dengan rawatan bagi masalah mata rabun seperti rabun jauh, dekat, silau / katarak/ selaput atau masalah mata yang lain dengan menggunakan Ayat Al-Quran boleh klik di sini. Ramai yang telah mencuba dan memberi feedback yang positif. Klik sini.
0 Comments