6 Perkara Penting yang Anda Perlu Tahu Sebelum Berniaga di Shopee
Anda teringin nak berniaga di Shopee? Nia ada beberapa perkara yang penting nak habaq pada anda sebelum nak berniaga di Shopee.
Kini ramai yang sudah mula berniaga di Shopee. Mana taknya, Shopee adalah platform untuk para peniaga memulakan perniagaan dengan hanya mendaftar sahaja secara percuma.
Tetapi ramai yang perlu tahu disebalik 'percuma' itu ada juga bayarannya...
Haha aikkk macam mana tu???
Sebelum nak berniaga di Shopee, perkara pertama anda perlulah mengetahui cara peniagaan di Shopee sebelum bersetuju untuk berjual-beli di Shopee.
Pembeli - Shopee - Peniaga
Secara umumnya setelah pembeli membuat bayaran pihak Shopee akan memegang dahulu wang pembeli tersebut sehinggalah pembeli menerima barang yang dibeli. Setelah itu barulah pihak Shopee akan menyerahkan wang tersebut kepada pihak Peniaga.
Jadi, apa perkara yang penting sangat tu?
Perlu ada modal
- Bagi yang berniaga secara dropship, anda juga memerlukan modal. Ini kerana anda perlu menggunakan wang anda dahulu untuk membayar kepada agent atau surplier. Pihak Shopee akan memegang dahulu wang pembeli anda sehinggalah barang yang dihantar selamat sampai kepada pembeli dan pembeli perlu menekan butang 'received' dahulu. Kemudian, barulah wang keuntungan tersebut akan masuk ke akaun Shopee anda.
Buyer/ pembeli tidak tekan butang 'received'
- Jika pembeli tidak menekan butang 'received', duit akan masuk ke akaun Shopee anda setelah 3 hari dari tarikh pembeli anda menerima barang.
- Bagi yang mempunyai modal mungkin tidak kisah jika perlu menunggu 3hari setelah tarikh pembeli menerima barang. Tetapi ia akn menjadi masalah kepada peniaga yang mempunyai masalah kekurangan modal.
- Di sinilah perlunya peranan anda untuk memastikan pelanggan anda menekan butang 'received'. Rajin2 la guna 'chat' yang telah disediakan oleh pihak Shopee.
Penghantaran dalam masa 2 hari bekerja
- Baru2 ini pihak Shopee telah mengetatkan syarat kepada para peniaga untuk memastikan peniaga mengepos barang dalam masa 2hari sahaja. Jika rasa ia agak leceh untuk diikut, anda boleh meletakkan status 'ready stock' kepada 'pre order'. Tetapi ia mungkin akan menjadi sukar untuk menghasilkan jualan kerana pembeli lebih gemar membeli barang yang sudah ready stock.
Perlu memenuhi beberapa syarat untuk menjadi 'preferred' saler
- Shop Rating perlulah => 4.7
- Monthly Net Orders perlulah => 75
- Monthly Unique Buyers perlulah => 35
- Chat Response Rate perlulah => 90.0%
- Penalty Points <= 0
- Days of Pre-Order Listing Violation <= 5
- Ongoing Penalty = Tiada
- Penalty Points <= 0
- Days of Pre-Order Listing Violation <= 5
- Ongoing Penalty = Tiada
Haa anda rasa anda boleh achive target yang diberi? Ya, jika anda ikut cara yang betul anda pasti boleh!
Persaingan Harga
- Shopee atau di mana-mana market place sekali pun memang akan ada masalah seperti persaingan harga ini. Tapi bagaimana anda nak dapatkan sales tanpa main harga? Bagi yang berniaga secara dropship mungkin agak sukar untuk mengurangkan harga, mungkin anda boleh memberi 'value' lain sebagai penarik untuk pelanggan membeli di kedai anda.
Shopee akan mengambil 2.12% daripada keuntungan hasil setiap jualan
- Setiap order yang berjaya akan dikenakan cas transaksi sebanyak 2.12% secara automatic. Shopee akan cas siap2 dan nyatakan di dalam sistem order anda.
Memandangkan Peniaga menggunakan perkhidmatan yang telah pihak Shopee sediakan, maka para peniaga perlulah mengikut syarat2 yang telah ditetapkan oleh pihak Shopee.
Bagi yang baru nak berjinak2 berniaga di Shopee, anda tak perlulah risau . Jika anda betul2 nak berniaga di Shopee anda boleh dapatkan tips dari yang berpengalaman di sini. Belajarlah dari yang berpengalaman. Sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan risiko kerugian. Malah anda mungkin dapat menjana keuntungan tanpa pening kepala pikir nak run fb ads yang makin mahal kerana pembeli di Shopee adalah pembeli yang memang berniat untuk membeli dan telah bersedia untuk membeli.
Cuma anda perlu belajar dan mengetahui cara2 bagaimana untuk pelanggan berpusu2 ke kedai anda dan membeli. Nak tahu caranya kenalah belajar dan dapatkan panduan Bisnes Shopee di sini.
0 Comments