Jana Pendapatan dengan Program Affiliate Malaysia

By Monday, September 07, 2020

Ingin Jana Pendapatan Tanpa Modal & Pegang Stok?



Umum mengetahui, kini setiap orang memerlukan lebih dari 1 pekerjaan untuk menampung perbelanjaan seharian.

Terdapat pelbagai cara dan peluang untuk meraih pendapatan. Cara yang menjadi pilihan adalah dengan cara berniaga di dalam talian. Ini kerana ia boleh dilakukan mengikut waktu lapang individu.

Peluang pendapatan dengan cara berniaga dalam talian kini semakin popular di Malaysia. Kita boleh lihat kini terdapat pelbagai produk yang dijual di dalam talian. Tetapi tahukah anda, anda boleh juga berniaga tanpa memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok produk?

Bukan Dropship tapi melalui program Affiliate.

Ya, ia melalui perniagaan secara Affiliate.

Apa benda program Affiliate ni?


Affiliate ini adalah program dimana anda perlu memasarkan dan mengiklankan produk secara digital. Kenapa digital? Ini kerana setiap produk yang dipasarkan akan diberi link sahaja. Anda akan diberi link untuk setiap produk yang akan anda promosikan nanti dan akan diberi komisen jika ada pembeli yang membeli produk menggunakan link tersebut.

Anda tidak perlu bersusah payah menjawab segala pertanyaan dari pembeli kerana setiap pembeli yang menekan link tersebut akan terus dibawa ke web jualan.

Setiap link yang anda promosikan mempunyai tracking yang tersendiri. Anda juga akan diberi website untuk melihat berapa banyak yang sudah menekan dan membeli menggunakan link tersebut. Anda juga boleh melihat berapakah jumlah komisen yang anda perolehi.

Menarik bukan? Hanya mempromosikan link dan anda tidak perlu menyimpan stok produk atau menjawab segala pertanyaan pembeli.

Terdapat pelbagai jenis produk Affiliate yang ditawarkan. Antaranya produk digital seperti ebook, pelbagai produk fizikal (produk kesihatan, buku), software dan membership.

Tapi untuk post kali ini Nia hanya nak share pada anda Affiliate membership. Di bawah adalah beberapa Affiliate yang Nia rasa menarik untuk newbie;

Order Sini

Order Sini adalah platform untuk peniagaan yang menyediakan web jualan/ tempahan untuk memudahkan peniaga memasarkan peniagaan mereka. Pengguna/ peniaga tidak perlu lagi menempah web hosting lagi kerana semuanya sudah tersedia.

Selain menyediakan Web Jualan, Order Sini menyediakan sistem untuk peniaga yang ingin menawarkan sistem Affiliate dan dropship. Selain itu, platform ini juga menawarkan sistem kupon dan juga sistem Email Marketing.

Tiada had atau cas tambahan yang dikenakan untuk jumlah barangan atau bilangan produk jualan.

Order Sini mempunyai Marketplacenya tersendiri. Pengguna/ peniaga boleh menggunakan Marketplace tersebut dengan memaparkan produk mereka untuk Affiliate yang telah berdaftar dengan Order Sini untuk memasarkan produk mereka. Menarik kan?

Klik untuk daftar: OrderSini
Klik untuk daftar sebagai Affiliate: https://ordersini.com/register


OnPay

OnPay adalah platform sama lebih kurang sama seperti Order Sini.

Bezanya ialah, OnPay menyediakan sistem SMS. OnPay mempunyai cas pemasangan dan OnPay juga mempunyai limitasi jumlah produk yang boleh diletakkan dalam sistem. Bilangan produk yang boleh diletakkan bergantung mengikut pakej yang dipilih.

Klik untuk daftar: OnPay
Klik untuk daftar sebagai Affiliate: https://onpay.my/agent/register


Yezza

Yezza adalah platform jualan dimana anda boleh menjual dengan menggunakan medium Whatsapp.

Bagaimana Yezza ini berfungsi?

Setiap produk yang dijual akan diberikan unik link untuk disharekan kepada pembeli. Peniaga yang menggunakan link ini boleh share link produk jualan mereka di mana-mana media social atau di whatsapp.

Pembeli yang menekan link tersebut akan di bawa ke web jualan produk dan pembayaran.

Bagi peniaga yang masih menjual menggunakan whatsapp dan tiada website anda disarankan menggunakan Yezza ini.

Klik untuk daftar: Yezza
Klik untuk daftar sebagai Affiliate: https://affiliate.yezza.co/


Ada lagi program Affiliate yang lain. Tapi nanti Nia akan sharekan dalam post yang lain ya.

Semoga dengan info ini membantu anda sedikit sebanyak dalam menambah peluang pendapatan. Program Affiliate ini memang sesuai bagi mereka yang baru nak mencuba berbisnes, yang kekurangan modal untuk membeli stok atau yang ingin membuat kerja sambilan tanpa mengganggu masa kerja hakiki anda.

Selamat ber-Affiliate!

You Might Also Like

0 Comments