Apa itu Shopify? Bagaimana Jana Pendapatan Dalam USD dengan Bisnes Dropship

By Wednesday, September 30, 2020

Anda Ingin Menjana Pendapatan Dalam USD Tapi Tak tahu Bagaimana? 


Anda pernah dengar mengenai Shopify? Shopify adalah platform E-Commerce yang paling sesuai unutk anda jana pendapatan dalam USD. Ini kerana kini Shopify adalah platform E-Commerce yang makin dikenali di seluruh dunia. Lebih 10 juta produk telah dijual dalam platform Shopify ini. Ramai yang sudah menjana pendapatan USD di Shopify ini. 


Apa itu Shopify? Bagaimana Shopify Bekerja?


Shopify adalah platform yang membenarkan anda membina kedai online tanpa memerlukan anda mempunyai 'skill' dalam pembinaan website. Anda tidak perlu lagi untuk membayar Web Designer untuk membina website kerana semuanya sudah tersedia. Anda boleh membina website anda sendiri dalam masa beberapa jam sahaja. 

Shopify sudah menyediakan semua tools di dalam satu bumbung. Ia termasuklah pemilihan 'tema website', 'penghantaran produk' & 'payment gateways'.

Bagi website E-Commerce sudah semestinya keselamatan pembayaran pengguna amat penting. Di Shopify, anda tidak perlu risau kerana Shopify 100% selamat. 

Selain itu, yang menariknya Shopify ni anda boleh menjual secara Dropship. Ya, secara Dropship dan pendapatan yang anda dapat nanti adalah dalam USD. Bayangkan nilai USD tersebut ditukarkan ke dalam matawang Ringgit Malaysia. Menarik bukan?

Tapi untuk Dropship anda perlulah tahu 'killer product' supaya jualan anda akan boom!


Pemilihan Niche Marketing


Pemilihan niche yang sesuai memainkan peranan yang penting bagi memastikan kedai online anda mudah dicari dan dijumpai. Jika anda tidak memilih niche untuk kedai online anda, anda terpaksa bersaing dengan beribu2 kedai lain. Ia samalah seperti anda pergi memancing tapi terpaksa berebut dengan pemancing yang lain dalam 1 kolam yang sama. Akhirnya hanya umpan yang menarik minat ikan sahaja yang akan dipilih. Ia akan menyukarkan pembeli untuk membuat pilihan dan anda membuat jualan.

Jika anda mengkhususkan niche anda sendiri hanya orang yang berminat dengan niche tersebut sahaja akan datang ke kedai anda. Ia memudahkan lagi pembeli untuk membuat pilihan. Kos pengiklanan anda juga akan menjadi semakin murah. 

Dalam pemilihan niche anda perlulah memilih niche yang anda rasa sesuai dengan anda. Pilih niche yang anda minat dan mahir sahaja. Mahir dalam satu2 niche membuatkan anda diyakini oleh pembeli anda. 

Sebelum anda ingin memulakan perniagaan di Shopify, anda haruslah merancang atau merangka dahulu apa yang anda mahu untuk kedai online anda. 

Ini antara soalan - soalan yang membantu anda;

1. Adakah anda menjual produk seperti produk digital, perkhidmatan, real-world produk atau adakah harga produk anda berdasarkan pembayaran secara digital atau pembayaran secara langganan mingguan / bulanan / tahunan?

- Tidak semestinya produk fizikal sahaja yang anda boleh pasarkan keseluruh dunia malah anda boleh juga menjual ebook atau produk digital yang lain atau anda juga boleh menyediakan tawaran perkhidmatan langganan di dalam kedai Shopify anda. 

2. Apakah niche anda? Adakah anda mempunyai cukup stok? Adakah anda mempunyai cukup bajet untuk memenuhi kehendak jumlah pelanggan anda?

- Jika anda menjalankan perniagaan secara dropshipping anda tak perlu risau akan hal ini. Teruskan ke soalan yang seterusnya

3. Apakah tema asas kedai online anda?

- Tema kedai memaikan peranan dalam menarik pelanggan ke kedai anda. Anda boleh memilih samaada untuk memilih tema yang telah disediakan oleh Shopify, percuma atau premium atau anda boleh juga membayar pereka web untuk mereka tema khas untuk kedai online anda.

4. Apakah perancangan anda untuk memenuhi setiap pesanan pelanggan anda? Andakah anda ingin menggunakan salinan label Shopify atau anda ingin menggunakan label anda sendiri atau anda menggunakan kaedah dropshipping?

- Shopify mempunyai sistem yang bagus untuk setiap pesanan. Jika anda memilih untuk menggunakan label termasuk pengeposan yang sudah tersedia di Shopify ia lebih jimat. Walau bagaimanapuun, anda juga boleh menggunakan khidmat penghantaran yang lain jika ia lebih menyenangkan anda. 

5. Apa yang anda mahu lampirkan dalam borang belian pada pelanggan anda? Adakah anda mahu menggunakan borang yang sudah tersedia di Shopify termasuk payment gateways atau anda ingin melampirkan borang belian yang anda telah sediakan sendiri?

- Shopify mempunyai beberapa jenis payment gateways dan kaedah yang anda boleh guna. Jiaka anda ingin menggunakan sistem pembayaran dari Shopify bayarannya adalah tetap dan lebih murah. Shopify juga membenarkan anda mengunakan sitem pembaran dari luar atau anda juga boleh menggunkan sistem pembayaran Paypal. Anda juga boleh menggunakan kaedah pembayaran yang lain seperti Bitcoin.

Bagaimana Nak Bina Kedai Di Shopify


Untuk memulakan kedai Shopify anda tidaklah susah. Ini kerana Shopify telah menyediakan semua kemudahan yang anda perlukan. Anda tidak perlu pening kepala kerana Shopify ini memang 'user-freindly'. Berikut adalah langkah untuk membuka kedai Shopify anda;

Langkah pertama: Pilih Pakej

Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah memilih pakej yang sesuai untuk kedai anda. Terdapat beberapa pilihan pakej untuk anda pilih. Pilih mengikut kesesuaian kedai dan kemampuan anda. 

Langkah kedua: Pilih Tema 

Shopify mempunyai lebih dari 100 tema yang boleh anda pilih. Jika tiada tema yang anda minat, anda boleh membayar mana2 pereka luar untuk membina tema khas kedai Shopify anda. 

Langkah ketiga: Masukkan Produk Anda

Anda akan diberi pelbagai features untuk anda pilih. Di sini, akan mengambil masa sedikit kerana banyak features untuk anda pilih seperti pemilihan warna produk, saiz, gaya, pelbagai lagi ciri - ciri untuk setiap produk anda. Anda boleh memasukkan gambar, tajuk, butiran prosuk dan pelbagai ciri - ciri produk anda di menu Shopify anda.

Langkah keempat: Pemilihan Kaedah Pembayaran 

Ini adalah langkah yang penting untuk kedai anda. Terdapat beberapa pilihan payment gateways yang anda boleh pilih. Anda boleh memilih kad kredit, paypal atau anda boleh memilih kaedah pembayaran yang lain jika anda berniaga secara dropshipping. 

Memasarkan Laman Shopify Anda


Setelah anda melakukan langkah di atas, anda perlulah memasarkan kedai online anda supaya kedai anda dilihat oleh ramai pembeli. Terdapat pelbagai cara untuk anda memasarkan kedai online anda. Di sini Nia kongsikan antara 3 langkah yang anda boleh cuba;

Langkah pertama: Pemasaran Media Sosial

Shopify adalah platform di mana ia telah tersedia untuk anda memasarkan kedai anda ke mana - mana media sosial. Anda juga boleh mengintegrasikan Media Sosial anda ke dalam Web Shopify anda.

Ini amat penting bagi pemilik mana- mana perniagaan yang mempunyai ramai pengikut di Media Sosial. Selain itu anda juga boleh mengiklankan kedai Shopify anda dengan kaedah berbayar untuk menarik ramai lagi pembeli ke kedai Shopify anda.

Langkah kedua: Menawarkan Khidmat Pelanggan yang Baik

Langkah yang seterusnya adalah menawarkan khidmat pelanggan yang bagus bagi memastikan kedai online anda berkembang. Kita ambil sebagai contoh Shopee. Mereka menyediakan khidmat pelanggan yang baik bagi memastikan pembeli dan penjual saling berpuas hati. Jika anda ingin pelanggan mengingati dan kembali membeli di kedai anda, anda perlulah menyediakan perkhidmatan yang baik. 

Langkah ketiga: Memiliki Pengetahuan Yang Dalam & Memahami Ciri - Ciri Produk Anda

Pelanggan akan yakin membeli dengan anda jika anda dilihat pakar dalam produk jualan anda. Kebiasaannya pelanggan akan bertanya dan meminta khdmat nasihat dahulu mengenai produk anda sebelum membeli. Di sinilah peranan ilmu pengetahuan anda dalam produk jualan anda untuk meyakinkan pembeli untuk membuat belian. 


Di post ini Nia hanya kongsikan secara asas apa itu Shopify dan bagaimana ia berfungsi. Jika anda berminat ingin mengetahui lebih dalam lagi mengenai Shopify ini saya syorkan anda belajar dengan yang lebih berpengalaman dalam Shopify ini seperti tuan Herman Syaq yang berpengalaman menjual di Shopify bermula dari tahun 2012 lagi. 

Beliau telah menyediakan video step by step dari mula sehingga kaedah pemasaran dan bagaimana untuk menjual secara dropshipping di Shopify sehingga dapat menjana pendapatan. Ilmu yang beliau akan ajarkan nanti bernilai ribuan ringgit jika anda belajar dengan sifu Mat Salleh di luar. 

Nia tahu anda sudah tak sabar ingin belajar menggunakan Shopify ini. Jika anda betul - betul berminat untuk belajar berniaga menggunakan Shopify ini dan menjana pendapatan dalam USD anda boleh klik di sini

You Might Also Like

0 Comments