Cara Menghilangkan Parut Jerawat Berlubang Pada Wajah Secara Semulajadi

By Wednesday, October 07, 2020

Jalan yang terbaik untuk mengelakkan dari timbulnya bekas jerawat berlubang adalah elakkan dari melakukan facial muka. Elakkan memicit jerawat dan mengusik tempat di kawasan tumbuhnya jerawat. Tapi ada juga sesetengah kes, terjadinya lubang bekas jerawat ini adalah kerana timbulnya jerawat di tempat yang sama berulang kali. Ya, ini adalah apa yang berlaku pada Nia sendiri.


Bagi yang kurang berkemampuan rawatan dari bahan semulajadi amat membantu. Ini disebabkan rawatan untuk masalah lubang bekas jerawat di wajah ini agak mahal dan ia memerlukan rawatan dari yang pakar. 

Ada pelbagai cara untuk mengurangkan masalah kesan parut jerawat berlubang ini. Tapi ia memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kesannya memerlukan masa. Bukan 2-3 kali buat, wajah anda akan terus licin. Sedangkan rawatan di klinik aesthetic juga perlu mengulang rawatan beberapa kali untuk meratakan kulit anda kepada asal.


Untuk permulaan perkara basic yang anda perlu buat adalah;

1. Cleansing 

- Ya mencuci muka. Tapi anda dinasihatkan mencuci muka hanya 2 kali sahaja dalam sehari. Pagi dan malam sebelum tidur. Tak lebih dan tak kurang. Jika anda terasa muka anda masih berminyak dan tidak bersih lagi, Nia sarankan anda menggunakan Cleansing Water. 

2. Exfoliating 

- Exfoliating ni penting bagi meningkatkan sel kulit mati dan memudahkan kulit anda menghasilkan sel kulit yang baru. Wajah anda juga akan kelihatan segar dan bersih selepas melakukannya. Tapi hanya lakukan rawatan ini secara mingguan sahaja. 1 kali seminggu sudah memadai. 

*Anda boleh gunakan gula merah dan dicampurkan sedikit madu sebagai bahan untuk exfoliating ini. 

3. Steaming 

- Lakukan rutin wap wajah 3 kali seminggu. Ia membantu dalam membersihkan liang pori kulit anda dan membantu mengurangkan kulit dari keradangan. 


Bahan-bahan semulajadi yang anda boleh gunakan (*pilih salah satu sahaja setiap kali rawatan) : 

Gambar: Google

1. Serbuk kunyit + lemon

- Campurkan kedua bahan ini dan sapukan di kawasan kulit yang bermasalah. Biarkan selama 30min atau sehingga kering. Bersihkan wajah dengan air suam. Lakukan rutin rawatan ini setiap hari. Dan lihatlah hasilnya selepas sebulan. 

Gambar: Google

2. ‎Yoghurt + lemon

- Campurkan plain Yoghurt bersama lemon. Sapukan di kawasan yang bermasalah sahaja dan biarkan selama 30 minit. Basuh sehingga bersih dengan air suam. Lihat hasilnya selepas 3 minggu. 

Gambar: Google

3. Air Mawar

- Sembur air mawar setiap kali selepas membersihkan wajah. 

Gambar: Google

4. Nenas

- Tumbuk buah nenas sehingga menjadi puri. Letakkan di kawasan bermasalah selama 15 minit. 

*Nenas mengandungi vitamin C yang membantu dalam penghasilan kolagen semulajadi. Nenas juga mengandungi 'ascorbic acid' yang membantu dalam mengurangkan kesan parut jerawat. 

Gambar: Google

5. Dermaroller

- Untuk masalah parut berlubang, samaada anda mahu atau tidak rawatan ini adalah penting untuk meratakan kulit anda. Secara ringkasnya rawatan ini adalah untuk melukakan (takdelah luka mana pun) kawasan luar kulit anda untuk menghasilkan kulit yang baru.

Dermarolling adalah perkataan lain untuk terapi kolagen. Ia juga turut boleh meningkatkan pengeluaran kolagen yang banyak dan boleh mengurangkan kedutan, parut yang serius atau minimal dan stretchmark, bersama-sama dengan faedah anti-penuaan lain, tanpa merosakkan struktur kulit anda.

Ia juga boleh meningkatkan penyerapan produk topikal dengan memintas lapisan kulit atas dipanggil Epidermis. Ini akan meningkatkan keberkesanan serum atau krim anda dan memperbaiki kulit dengan pantas.

You Might Also Like

0 Comments