Langkah Yang Anda Perlu Tahu Untuk Memulakan Bisnes Makan Delivery

By Sunday, September 20, 2020

Minat Berbisnes? Minat Memasak? Minat nak Tambah Pendapatan? Mulakan Bisnes Makan Delivery Sekarang!


Sumber: Google


Pada tahun 2020 ini pelbagai cabaran yang harus ditempuh bagi memastikan keberlangsungan hidup. Lagi - lagi bagi yang telah berkeluarga dan mempunya anak. 

Munculnya C0V1Dl9 menambahkan lagi kesukaran dalam meneruskan kehidupan seharian. Bagi yang bijak bereksperimentasi dan berani mencuba sesuatu yang baru, ia bukanlah cabaran yang sukar untuk dihadapi. Hanya perlu keyakinan dan kerajinan untuk melalukannya. 

Musim PKP baru - baru ini telah menampakkan kelainan dalam penjanaan ekonomi isi rumah dimana ramai yang telah memberanikan diri unuk memulakan perniagaan secara atas talian dari rumah. 

Semasa PKP, rata -rata peniaga atas talian menampakkan peningkatan penjualan yang mendadak sehinggakan stok barangan jualan habis licin. Nia sendiri mengalami perkara yang sama dimana kebanyakan buku - buku di dalam stok simpanan Nia (Bookunia) kehabisan. Permintaan tinggi, stok pula tidak cukup untuk menampung permintaan. 

Ini menunjukkan kini ramai yang telah celik dalam urusan pembelian atas talian. Oleh itu kita juga perlu celik bagi menghadapi situasi yang berlaku ini. 

Sebagai contoh, bisnes makanan. Bisnes makanan ketika awal - awal PKP antara yang memberi impak kerana permintaan pada ketika itu sangat tinggi. Tidak kisahlah anda menjual apa - apa jenis makanan sekali pun pasti akan habis. 

Bagi yang mempunyai minat & pandai dalam memasak apa - apa jua makanan, anda adalah orang yang sangat beruntung kerana inilah peluang anda untuk menjana pendapatan sampingan. Anda boleh memulakan bisnes makanan dan delivery di kawasan rumah anda mahupun di mana - mana sahaja.

Memandangkan C0V1Dl9 ini belum menunjukkan tanda - tanda untuk hilang sepenuhnya, bisnes makanan delivery ini adalah bisnes yang sesuai kerana ramai yang buat masa ini, akan mengelakkan diri untuk berkunjung ke mana - mana kedai makan atau ke tempat orang ramai bagi mengelakkan jangkitan C0V1Dl9 yang masih menular. 


Antara langkah yang anda boleh gunakan untuk memulakan bisnes makan delivery;

1. Anda perlulah memilih makanan apa yang anda rasa paling banyak permintaan. Cukup sekadar 2 - 3 jenis sahaja untuk permulaan.

2. Mulakan dengan memberi jiran - jiran terdekat di kawasan anda merasa makanan anda dan minta pendapat atau cadangan untuk mengembangkan lagi bisnes anda. Jangan lupa ambil testimoni dari mereka dalam bentuk bergambar seperti gambar mereka sedang makan atau mesej.

3. Belajar bagaimana untuk ambil gambar makanan anda sebagai bahan Marketing. Anda boleh menggunakan aplikasi seperti Canva, Photo Director, PicArt untuk menghasilkan gambar yang menarik mengikut kesesuaian akaun sosial media anda.

4. Mulakan aktiviti pemasaran percuma dengan masuk atau join group - group komuniti kawasan / tempat tinggal anda. Group Facebook, Whatsapp & Telegram. Gunakan juga Facebook Marketplace. Jangan pandang rendah keupayaan Facebook Marketplace ini kerana Nia sendiri masih mendapat jualan sehingga kini. 

5. Jika anda menjual makanan dalam bungkusan dan tahan lama seperti kerepek, jeruk dan seumpamanya, anda boleh juga mula menjual di platform Shopee. Jika anda baru mengenali paltform Shopee, anda boleh klik link ini untuk info

6. Kumpul data - data pelanggan anda bagi memudahkan anda menyebar segala info serta menu - menu baru anda nanti. 

Jika anda betul - betul berminat untuk memulakan Bisnes Makan Delivery anda boleh dapatkan ebook Bisnes Makan Delivery ini. Ebook ini penuh dan padat dengan info yang anda perlu dalam menjalankan Bisnes Makan Delivery.

Bisnes Makan Delivery

Ebook ini berketebalan 80 muka surat dan mengandungi;

1. Panduan persediaan sebelum memulakan bisnes.
2. Kaedah - kaedah jualan yang perlu digunakan.
3. Cara pembungkusan mengikut jenis makanan yang disediakan.
4. Panduan mengira kos, meletakkan harga jualan & mengira keuntungan.
5. Panduan bagaimana nak memulakan bisnes serta bagaimana nak mencari pelanggan.
6. Strategi pantas mendapat 100 pelanggan pertama.
7. Kaedah & waktu membuat iklan.
8. Pendedahan mengenai cabaran & rintangan berbisnes.

Jika anda berminat untuk belajar bagaimana memulakan Bisnes Makan Delivery klik sini.

Mulakan Bisnes Makan Delivery Sekarang!

You Might Also Like

0 Comments