Penyakit Berkaitan Mata Yang Bakal Dihidapi Pada Usia Emas

By Wednesday, October 14, 2020

Sumber: Google

Umur 50-an kebiasaannya adalah peringkat umur yang membawa pelbagai perubahan kepada keadaan hidup seseorang. Persaraan, Anak-anak yang semakin meningkat umur, terminologi 'warga emas'dan menopaus adalah amat sinonim dgn peringkat umur 50-an.

Tidak ketinggalan mata manusia yang juga mengalami perubahan akibat peningkatan umur dan proses penuaan... Sesetengah perubahan adalah normal dan berlaku pada semua orang.

Ada juga perubahan yang berkaitan dengan penyakit dan ketidakstabilan sistem badan.

1. Presbiopia (Rabun Dekat)

Perubahan ini adalah paling biasa berlaku pada umur di atas 40 tahun dan semakin ketara apabila memasuki era 50-an... Presbiopia sebabkan seseorang kehilangan keupayaan untuk membaca dekat dan menggunakan komputer...

Secara umumnya sume individu dalam peringkat umur ni akan berpengalaman mengalami situasi ni tidak kira pemakai cermin mata ataupun tidak.

2. Katarak (Selaput Dalam)

Kajian menunjukkan 50% individu 70 tahun keatas mengalami katarak. Katarak adalah proses pengeruhan kanta yang asalnya lutsinar. Proses ini berlaku secara berperingkat dan semakin teruk. Katarak adalah salah satu fenomena akibat proses penuaan.

Katarak biasanya tidak akan diberi apa-apa rawatan sehinggalah mengganggu penglihatan seseorang tu. Pengidap katarak di nasihatkan tidak lagi menukar cermin mata dengan kerap kerana tindakan ini akan membazirkan wang je..

3. Diebetes

Dianggarkan 5% dari individu 50 thn ke atas adalah pengidap diebetes. diebetes sebagaimana sedia maklum adalah seperti 'bom jangka' yg secara senyap akan merosakkan organ-organ dalaman tubuh. pengurusan penyakit serta detection awal kepada diebetes adalah penting dalam mencegah penularan kesan 'penyakit senyap' ini.


Bagi mata, pemeriksaan harus dilakukan sejurus selepas seseorang itu didapati mengidap diebetes dan diikuti paling kurang setahun sekali untuk memeriksa kesan struktur dalaman mata akibat diebetes. Jika pemeriksaan awal tidak dilakukan, kemungkinan kerosakan struktur mata adalah tinggi dan akan menjejaskan penglihatan.

4. Glaukoma

Glaukoma dapat membuatkan pesakit kehilangan sebahagian medan penglihatan. Ini menyebabkan perkembangan glaukoma harus dipantau untuk memastikan saraf-saraf optik tidak rosak. Kebanyakan rawatan tidak memerlukan pembedahan dan hanyak akan diberi ubat titis khas untuk mengawal takanan cecair dalam mata.

Jika seorang pengidap katarak mengalami glaukoma, ini kebiasaanya akan mengundang rasa sakit pada bola mata. Keadaan ini biasanye pulih apabila katarak dibuang dan tidak memerlukan pembedahan khas untuk glaukoma.


*InshaaAllah jika anda berikhtiar dengan produk I-dropi-drop dapat mengurangkan masalah mata yang anda hadapi anda. Dapatkan Idrop sekarang!

You Might Also Like

0 Comments