Beruratkan Dawai Berdarahkan Raksa | Cik Srikandi

By Thursday, July 22, 2021 ,

 



"Sejarah adalah pelajaran dan pelajaran ini harus dijadikan iktibar buat manusia untuk menghargai antara satu sama lain. "

Buku ini bertemakan antipenjajahan. Ia mengandungi 3 bab utama:

1. Ilmu Ghaib Penjajah

2. Kitol: Pengkhianat

3. Ilmu Kebal Peribumi

Penerangan setiap bab ada dijelaskan dalam pengenalan atau mukadimah di setiap permulaan bab. Mesej dalam buku ini disampaikan dalam bentuk poin bagi memudahkan pembacaan.

Penulis mensasarkan buku ini kepada orang Melayu dan para peribumi. 

Sifat-sifat sejarah adalah universal dan pengajaran daripadanya juga universal kepada semua bangsa di dunia. Para pembaca bukan Melayu boleh sahaja mengambil pelajaran daripada sejarah yang dipaparkan dalam buku ini. Terutamanya kaum etnik peribumi lain yang berbahasa dan berbudaya serumpun dengan Melayu yang umumnya berkongsi sejarah yang sama seperti melalui zaman meriahnya perdagangan maritim di Selat Melaka, suka duka ketika era kolonialisme Barat sehinggalah merdeka dan mengecap kemajuan moden pada hari ini, sejarah kaum-kaum di Nusantara/ Asia Tenggara hakikatnya tidak banyak berbeza.

Dptkan di Shopee kami ==> Bookunia

You Might Also Like

0 Comments