Sang Penguasa (The Prince) | Niccolo Machiavelli
"MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"
Sementara penulis specula principis yang lain mengajar penguasa perlu menjadi baik, adil, berbelas kasihan dan seumpamanya, Machiavelli mengemukakan ajaran yang berbeza 180 darjah. Ini menyebabkan buku The Prince menjadi buku yang penuh dengan kontroversi. Istilah 'Machiavellian' menjadi sinonim kepada pendekatan politik yang jahat, tidak bermoral dan menghalalkan cara atas alasan bagi mencapai matlamat (walaupun perkataan "matlamat menghalalkan cara" yang masyhur itu tidak ada dalam The Prince).
'The Prince' sejenis genre buku nasihat untuk golongan prince di Eropah pada zaman pertengahan. Prince di sini bukan bermaksud anak raja tetapi istilah umum bagi penguasa sesebuah wilayah, yang kedudkannya selalu diperolehi malalui warisan.
Buku The Prince oleh Niccolo Machiavelli ini telah ditulis hampir 500 tahun lalu masih relevan dan sering dikaitkan dalam konteks memahami sesuatu perlakuan atau tindakan politik masa kini.
Penulis telah mendedahkan banyak kebenaran yang tidak menyenangkan tentang politik. Bagi mereka yang bercita-cita dan ingin melibatkan diri dalam dunia politik, buku ini merupakan bacaan wajib. Bagi mereka yang bukan berada dalam bidang politik juga boleh sahaja membaca buku ini ia sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenali wajah sebenar sang penguasa dan melindungi diri daripada helah dan tipu muslihat mereka.
Boleh dapatkan karya hebat ini di => Shopee Bookunia
0 Comments