Saturday, 22 November 2014

Recipe: Seri Kaya Bakar


Bahan-bahan: 
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 5 helai daun pandan dikisar dengan 1/4 air dan diperah untuk jusnya.
- 4 biji telur
- 3/4 cawan gula castor
- 2 sudu besar minyak
- 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
- 1 sudu besar kismia/ bijan



1. Masukkan telur, gula dan air pandan dan pukul bahan sehingga telur menjadi gebu.
2. Masukkan tepung dan santan ke dalam campuran telur dan adun sehingga sebati.
3. Panas kan tin membakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C.
4. Apabila tin sudah panas, masukkan minyak ke dalam tin. Biarkan sehingga minyak berdesir.
5. Masukkan adunan tadi ke dalam tin pembakar di dalam ketuhar selama 35 minit.
6. Bila Seri Kaya tersebut sudah 3/4 masak, taburkan kismis/ bijan dan serbuk kayu manis di atasnya.
7. Bakar selama 5 minit lagi.








Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment