NAA NAA NAA~ Hanya suara radio kedengaran. Tapi rentak dihati langsung tidak mengikut aliran. Gundah dihati masih belum reda. Ke...
Tak sangka juga di kawasan perumahan ada kawasan mandi manda. Ok la nak bawak anak2 dan keluarga datang. Tempatnya agak sempit tapi kira Ok la.
Air sejuk sebab kolam ni guna air bukit. Ada 4 kolam. 1 untuk dewasa, 3 untuk budak2.
Boleh bawak makanan dari rumah atau boleh je beli makanan ringan di kaunter bayaran.
Oh ya... Masuk hanya rm2 seorang.
Salam gegadis dan jejaka... Ada satu port mandi di area Rawang selain Templer Park & Kanching rupanya. Hakakk baru tahu. Noob kan ...
Berkeluarga tapi masih sunyi...
Sunyi bukan kerna tiada manusia di sisi,
Sunyi kerna dosa lama masih menghantui,
Sunyi kerna hati masih belum cukup dicuci,
Sunyi mungkin kerna kekosongan dihati.
Aku juga mahukan cinta bersemi,
Namun cinta yang kekal masih tercari2,
Cinta di dunia sudah terkubur mati,
Cinta yang ku cari kini hanya cinta pada Mu yang Maha Ilahi...
SEMPATKAH UNTUK KU MENCARI?
-NI-
Sunyi... Berkeluarga tapi masih sunyi... Sunyi bukan kerna tiada manusia di sisi, Sunyi kerna dosa lama masih menghantui, Sunyi k...
Sumber: Google Ditinjau dari sudut Islam (Al-Quran), segala bencana dan kesulitan yang menimpa sesuatu bangsa atau negara, baik kesul...
950 – 23K
916 – 22K
875 – 21K
835 – 20K
750 – 18K
585 – 14K
375 – 9K
2) Emas 950 – 23K – 95.4% kandungan emas
3) Emas 916 – 22K – 91.6% kandungan emas
* 18K gold, mengandungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 75% emas.
* 14k gold, mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 58,3% emas.
* 12k gold, mengandungi 12 bahagian emas dan 12 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 50% emas.
* 10K gold, mengandungi 10 bahagian emas dan 14 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 41.7% emas. (10K emas karat adalah kandungan minimum yang boleh disebut “emas” di Amerika Syarikat).
* 18K gold, ditandakan 750 untuk menunjukkan 75% emas
* 14K gold, ditandakan 585 untuk menunjukkan 58.5% emas
* 10K gold, ditandakan 417 untuk menunjukkan 41.7% emas
Hallmark sering disalah ertikan dengan perkataan trademark. Hallmark ialah satu tanda rasmi yang mengesahkan ketulenan sesuatu logam, trademark pula adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dan membuat sesuatu produk.
Common Control Mark atau CCM yang biasa dilihat pada emas, perak & platinum.
Berbagai kaedah mekanikal digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah disebabkan hakisan.
Kebanyakan barang-barang kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh yang ditulis 1/20 12k GF bermaksud bahawa perhiasan tersebut 1/20 berdasarkan berat emas 12k.
Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam bentuk emas salutan, mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu di sadur semula.
Emas tumpat (Solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas, seperti emas 18K atau 22k. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan anda.
Gambar: Google Adakah cincin di jari anda ditandakan 916, 950, 14K atau 18K? Untuk pengetahuan anda nombor menunjukan peratus kandung...
Sayang... Sayang sangat rumah ni. Banyak sangat kenangan rumah ni. Tapi memang dah tahap tak boleh nak tinggal dah. Ramai yang cakap, r...
Simpanan emas bermaksud anda menukarkn wang fiat anda atau memperuntukkan hasil pendapatan dengan membeli emas untuk tujuan simpanan. Emas yang sesuai dijadikan simpanan seperti dinar, syiling, bar dan jongkong. Simpanan emas untuk jangka masa yang panjang. Namun boleh disesuaikan ikut keperluan anda..
SIAPA YANG HARUS MENYIMPAN EMAS DAN DENGAN SIAPA HENDAK DIBELI?
Semua orang yang menyimpan wang kertas harus menyimpan emas. Wang kertas berperanan untuk pernukaran belian barang/perkhidmatan secara tunai (on the spot). Wang kertas bukan penyimpan nilai yang baik. Ia akan susut nilai dan terus dimamah inflasi. Mana pilihan anda? Simpan wang kertas di bank dengan sedikit kenaikan (belum ditolak inflasi) atau simpan emas untuk jangka masa panjang.
DI MANAKAH SAYA PERLU BELI EMAS?
Emas fizikal boleh dibeli dengan syarikat yang menjual emas dengan harga murah dari kedai emas. Terdapat berbelas ribu dealer mobile di seluruh Malaysia. Contohnya syarikat powergold.biz. Harga yang ditawarkan berpatutan.
BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK MEMBELI EMAS?
Bila anda ada wang dan kesedaran. TERUSKAN NIAT MEMBELI DAN JANGAN BERLENGAH LAGI. Beli emas semasa harga emas turun sedikit beli secara konsisten setiap bulan. Macam kempen powergold....KEMPEN 1gram 1 bulan 1 keluarga. Ikutlah kemampuan kewangan anda. Jangan menyimpan secara terpaksa atau berhutang komitmen bulanan kerana beli emas.
SEBAB APA SAYA PERLU SIMPAN EMAS?
1. Nilai wang semakin jatuh
2. Harga emas semain naik untuk jangka masa panjang
3. Emas adalah aset yang mudah cair
4. Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
5. Pelindung kekayaan
6. Portfolio simpanan dan pendapatan
EMAS KENA GST TAK?
Ya, emas kena gst. Tetapi hanya emas 916 sahaja yang kena. Emas 999 tidak kena. Emas 916 adalah emas perhiasan manakala emas 999 adalah emas pelaburan. Semua produk emas atau perak yang berketulinan 99.5 dan ke atas adalah dikecualikan daripada gst.
APA ITU LBMA?
LBMA adalah singkatan kepada London Bullion Market Association. Sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di London yang memberi pengiktirafan kepada emas. Jadi, kiranya emas yang dikeluarkan oleh kilang yang mendapat pengiktirafan LBMA ni lebih senang dijual dan beli di mana-mana negara tanpa curiga, sekatan atau birokrasi seperti emas yang dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery edaran Public gold. Walau bagaimanapun emas tetap emas, semua orang terima, emas palsu je orang tak terima. Dan cuma company yang ada kepentingan je memerlukan sijil dan pengiktirafan supaya produk diorang laku di seluruh dunia.
APA ITU SPREAD?
Spread ialah istilah bagi peratus buy back yang biasanya lebih rendah dari harga asal. Emas terpakai apabila dijual balik atau digadai akan mengalami susut nilai RM dan berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain mengikut faktor yang mereka rasakan wajar. Walau bagaimanapun, emas tetap emas, tidak pernah susut nilai ketulinannya cuma pekedai, bank, dan pajak gadai sahaja yang merendah-rendahkan nilainya atas tujuan keuntungan.
APA ITU LOCK?
Lock ialah istilah yang digunakan oleh pembeli dan peniaga emas online. Istilah lock tidak digunakan oleh peniaga dan pembeli emas offline kerana jual dan beli berlaku on the spot. Berbeza ketika online, tawar menawar jual beli berlaku dalam tempoh yang panjang disebabkan line slow, atau terganggu dengan kerja-kerja semasa. Oleh kerana harga emas berubah-rubah setiap masa jadi pembeli akan menggunakan istilah lock sebagai tanda ingin membeli dengan harga pada waktu itu. Walau bagaimanapun, lock harga hanya bertahan selama 24jam, jika tiada bayaran dalam tempoh tersebut lock dikira terbatal dan bayaran hendaklah mengikut harga baru jika harga emas berubah.
MENGAPA HARGA EMAS BERBEZA?
Ya, harga emas berbeza antara seorang penjual dengan penjual yang lain. Begitu juga emas yang dijual dikedai dan emas yang dijual di internet atau oleh orang perseorangan. Biasanya pekedai akan mengikut harga yang ditetapkan oleh persatuan peruncit emas dan harga mereka biasanya lebih mahal dari harga yang ditetapkan oleh persatuan emas malaysia. Ada yang menjual dengan harga kawalan so tak payah ubah-ubah harga dah, ada yang tak ambik upah, ada yang meletakkan harga per gram murah tapi upah mahal, ada yang tak kenakan gst, ada yang kenakan gst, dan sebagainya. Jadi boleh pilih mana satu yang penting jangan tertipu atau rasa tertipu selepas membeli.
APA ITU HARGA KAWALAN?
Dalam dunia emas pun ada harga kawalan. Harga ini ditetapkan oleh persatuan emas atau persatuan peruncit emas (Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia). Tujuan harga kawalan ini adalah sebagai tanda aras supaya penjual tidak sewenang-wenangnya menjual dengan harga yang lebih mahal. Jadi sebenarnya kita nak jual 1g berharga RM200 pun boleh je. Tak salah pun. Cuma pembeli je yang rasa macam tersalah beli padahal tak salah pun. Betul la... Itu emas dan dia telah membelinya.
1) Mulakan dengan mendidik diri sendiri jadi PENYIMPAN. Sebagai contoh, simpan lah 1gram 1bulan.
2) Jadi Penyimpan Merangkap Dealer /Peniaga.
Beli semaksima yang anda mampu. Separuh simpan. Separuh lagi dijadikan stok untuk jualan. Beli pada harga murah dan jual dikala harga emas naik. Untung runcit anda simpan. Jika tak dapat jual, anda masih untung kerana anda simpan emas kerana harga emas semakin naik.
Hari ini semakin ramai yang dah celik emas. Anda dah baca. Anda dah faham. Mulakan langkah pertama anda. Anda buat anda dapat. Selamat maju jaya!
Gambar: Google APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SIMPANAN EMAS? Simpanan emas bermaksud anda menukarkn wang fiat anda atau memperun...
1. Setiap kali berhutang, catatkan dan simpan bukti pembayaran. 2. Duit KWSP yg diperolehi boleh dilaburkan/ buat rumah/ sambung ...