Ahli Alkimia dari Penulis Poulo Coelho

By Thursday, September 16, 2021 ,

Ahli Alkimia ini mengisahkan seorang budak pengembala dari Andalusia bernama Santiago yang telah merantau dari tempat kelahirannya di Sepanyol menuju ke Afrika Utara untuk mencari harta karun yang tertanam di kawasan Piramid, Mesir.

Di sepanjang pengembaraannya, dia telah bertemu dengan seorang wanita Gipsi yang boleh menilik, seorang lelaki yang mengkui dirinya sebagai seorang raja dan juga seorang ahli alkimia yang membantu Santiago dalam kembara pencariannya. Namun begitu, tiada siapa tahu apakah sebenarnya harta karun itu.

Perjalanan ini telah membawanya menemui pelbagai watak yang telah membuka horizon baru dalam kehidupannya dan juga membawa dirinya menerokai pintu-pintu hikmah menjangkaui rutin hidup lamanya sebagai seorang pengembala. Pengembaraan itu jugalah yang telah membawanya untuk menyedari bahawa apa yang dicarinya selama ini sebenarnya terletak terlalu hampir dengan dirinya tanpa disedari.

Di setiap perhentian, watak yang ditemui dan juga insiden yang terjadi kepada Santiago, merupakan perhentian yang signifikan. Ada kearifan dan maksud tersirat yang cuba dibawakan oleh Coelho. Makna-makna tersebut hanya akan dapat disedari, ditemui dan diceraikan hanya setelah diulangbaca dan diteliti dengan melakukan proses refleksi terhadap kehidupan para pembaca sendiri.


Boleh dapatkan naskah ini di >>> Bookunia



You Might Also Like

0 Comments