Berfikir Tentang Pemikiran | Syed Ahmad Fathi

By Thursday, October 14, 2021 ,


Buku 'Berfikir Tentang Pemikiran' pada asalnya ditulis oleh penulis bagi mengumpulkan pemikira, pengalaman dan ilmu yang dikutip sepanjang mengikuti aktiviti dakwah dan tarbiah di dalam pergerakan Islam di Malaysia.

Buku ini juga memuatkan pemikiran - pemikiran hasil dari pembacaan dan juga isu - isu semasa. Antara isu yang dibincangkan adalah permasalahan dalam pergerakan organisasi Islam serta teori - teori sedia ada yang membentuk pemikiran beliau.

Selain itu, buku ini turut membicarakan pelbagai sudut pandangan penulis berkenaan dengan politik di peringkat nasional dan antarabangsa, pengaruh dan peranan media dalam kancah pertarungan politik, pemikiran perihal kritik sosial dan juga kritikan terhadap model ekonomi dan pendidikan terkini, cabarannya dan penambahbaikan.

Fokus buku ini adalah untuk mengajak pembaca menilai semula neraca fikiran dan berupaya untuk lebih berani berfikir dalam konteks yang lebih luas dan rencam.


Dapatkan naskah ini di ==>> Bookunia

You Might Also Like

0 Comments