Amir Abdul Kadir - Sang Pendamai, Wali & Pahlawan | Ahmad Bouyerdene

By Thursday, October 28, 2021 ,



Biografi ini menceritakan tentang ahli sufi Algeria yang juga merupakan pejuang kemerdekaan Algeria termasyhur, Amir Abdul Kadir al-Jazairi. Tokoh ini disebut oleh New York TImes sebagai "one of the few great men of the century" serta dipuji oleh Abraham Lincoln dan Paus Pius IX kerana telah menyelamatkan 15,000 penganut Kristian semasa hidup dalam buangan di Damsyik meski pun dia sendiri baru saja bebas daripada penindasan penjajah Perancis.


Berbanding tokoh sufi yang lain, Amir Abdul Kadir telah menempuh pelbagai liku kehidupan. Sebagai pengkaji dan pemikir, panglima dan pemimpin perang, ahli politik dan pemimpin masyarakat, orang buangan dan tawanan, penglibatan dalam kerja kemanusiaan dan dunia moden dan, memandangkan hidup ini ibarat roda, kembali kepada pengabdiannya yang pertama iaitu kerohanian, yakni keyakinan teguh bahawa penerimaan terhadap segala paradoks membolehkan seseorang itu diserap kembali ke dalam Tauhid atau Ketunggalan.


Amir Abdul Kadir hidup hampir sepanjang kurun ke 19. Kurun yang menyaksikan permulaan zaman moden dalam sejarah dunia. Kurun tersebut menyaksikan perluasan kuasa Eropah hingga ke Afrika dan Timur, satu peluasan yang sebahagian besarnya dimungkinkan oleh perkembanagan teknologi Revolusi Perindustrian Kedua yang berlangsung pada kurun itu. Pada masa tersebut, Eropah menempuh perubahan meluas yang memulakan proses pemodenannya.


Sikap Amir Abdul Kadir terhadap perkembangan sains dan penerapan teknologi Eropah menyingkap satu keinginan untuk mencapai pandangan berimbang terhadap realiti berdasarkan suluhan kehidupan rohaniahnya dan keutamaan yang sentiasa diberikannya kepada ilmu ketuhanan dan kerohanian. Di satu sisi, tidak dinafikan keampuhan dan kuasa sains dan teknologi moden dan dengan itu juga tidak dinafikan keberkesanan kaedah saintifik moden. Apa yang penting ialah untuk memahami takat realiti penemuan sains dan kepentingannya dan meletakkannya selari dengan pandanagn tentang realiti dan skala nilai yang berbilang dimensi dan kudus, bukan pandangan tentang realiti yang semata-mata berdasarkan fenomena dan keduniaan yang hanya membawa kepada hilangnya keseimbangan pada manusia dan alam. 


Pada pandangan Amir Abdul Kadir, teknologi mampu meringankan beban materi tertentu, tetapi ia juga mampu mendatangkan mudarat besar. Dengan kata lain, kecerdasan akal yang membawa kepada kemajuan teknologi boleh menyimpang, menjadi menindas dan berbahaya.


Dapatkan naskah ini di ==>> Bookunia

You Might Also Like

0 Comments